
DI BALIK kesungguhan Anwar Ibrahim memujuk politik orang Melayu-Islam dengan pelarutan diri dengan simbol identiti Melayu-Islam seperti muncul di masjid dan berdampingan ulamak.
Malangnya usaha memujuk ini dikambus oleh menteri dengan mengangkat simbol negatif bagi orang Melayu-Islam yakni babi.
Begitu juga dalam isu ayam dan telur yang merupakan simbol makanan majoriti rakyat Malaysia dibuat acuh tak acuh. Hingga keluar kata-kata, jika ayam mahal jangan beli ayam.
Namun, bab babi yang merupakan simbol makanan minoriti rakyat Malaysia dipernampakkan sungguh-sungguh. Rakyat melihat bab babi bersungguh, ayam menangguk air keruh.
Namun, Kita tidak perlu hairan, kerana dalam PRU15 lalu, golongan minoriti telah memberikan 95 peratus sokongan kepada PH. Walaupun dilihat minoriti tapi ianya majoriti di sisi PH.
Manakala orang Melayu-Islam pula hanya berikan 11 peratus kepada PH. Nampak majoriti, tapi orang Melayu-Islam hanyalah minoriti di sisi PH.
Penilaian majoriti-minoriti antara kita dan PH adalah berbeza.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 5/1/2023




















