
TEHRAN: Panglima Markas Pusat Khatam al-Anbia Iran berkata dunia tidak lama lagi akan menyaksikan kejayaan Iran dan kemenangan penentangan ke atas pengganas dan penceroboh.
Mejar Jeneral Ali Abdollahi mengeluarkan mesej pada lewar Sabtu yang menandakan ulang tahun pertama syahid pendahulunya, Mejar Jeneral Gholam Ali Rashid dalam jenayah pengganas yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel pada permulaan perang 12 hari yang berlangsung pada Jun 2025.
Abdollahi memberi penghormatan kepada almarhum Rashid atas peranannya dalam membentuk doktrin pertahanan Iran dan menekankan kesinambungan laluannya.
Beliau menyatakan bahawa walaupun syahidnya komander kanan itu merupakan satu kehilangan yang menyakitkan, ia sekali lagi menunjukkan keupayaan pencegahan dan kekuatan nasional Republik Islam Iran di hadapan dunia.
“Almarhum Mejar Jeneral Gholam Ali Rashid telah mengekalkan pemahaman yang komprehensif tentang ancaman hibrid musuh dan telah memainkan peranan yang tidak tergantikan dalam memelihara keselamatan Iran yang berkekalan melalui gabungan kesabaran strategik dan pengukuhan kapasiti serangan dan pencegahan,” katanya, lapor agensi berita Iran.
Abdollahi seterusnya menegaskan bahawa pembunuhan Rashid oleh rejim Zionis Israel dengan kerjasama kerajaan pengganas Amerika Syarikat itu sendiri merupakan bukti kedudukan penting mendiang komander dalam memajukan objektif pertahanan negara.
“Bangsa Iran yang setia dan menghargai, mengikuti jejak para syuhada dan bertindak di bawah bimbingan Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyed Mojtaba Khamenei, akan terus berdiri teguh di sisi Angkatan Tentera dalam menghadapi ancaman musuh, kata Mejar Jeneral Abdollahi,” ikrar beliau.
Sehubungan itu beliau menekakan bahawa dengan rahmat Tuhan, dunia tidak lama lagi akan mendengar gema kemenangan oleh Iran dan negara Iran dan menyaksikan kejayaan penentangan ke atas musuh-musuh penyerang dan pengganas. – HARAKAHDAILY 13/6/2026




















