
ALOR SETAR: Kira-kira 20,000 peserta menyertai konvoi bermotosikal sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya, Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Kedah, di Kompleks PAS Kedah, petang semalam.
Konvoi motosikal itu bergerak selepas solat Jumaat bermula dari Padang Serai, kemudian ke Sungai Petani, Jerai, Pendang dan seterusnya ke Kota Sarang Semut, sebelum berakhir di Kompleks PAS Kedah.
Walau bagaimanapun, sebahagiannya gagal sampai ke destinasi akhir pada waktu yang dijadualkan, berikutan kesesakan lalu lintas terutama yang melibatkan jalan-jalan utama.

Dalam pada itu, komitmen serta kegigihan penyertaan pemuda seluruh Kedah itu menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ku Muhyi Ku Abd Hamid, sebagai petanda kesungguhan jentera pemuda untuk bekerja bersungguh-sungguh demi kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 nanti.
Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden itu juga menyaksikan kehebatan Adik Nik khairul Anwar atau lebih dikenali dengan panggilan Nik Freestyle menunjukkan bakat beberapa gaya timbang bola.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden itu juga menyaksikan kehebatan Adik Nik khairul Anwar atau lebih dikenali dengan panggilan Nik Freestyle menunjukkan bakat beberapa gaya timbang bola.
Malah persembahan itu menjadi bertambah menarik, apabila turut disertai Ikon Bola Sepak tanah air, Baddrol Bakhtiar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Jerai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun.
Beberapa hadiah nombor cabutan bertuah berupa topi keledar dan bekas simpan topi keledar juga ditawarkan kepada yang bertuah.

Selain ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Afnan, hadirin juga berpeluang mendengar ucapan dari Ketua Pemuda PAS Kedah, Ku Muhyi Ku Abd Hamid dan Ikon Bola Sepak Negara, Baddrol Bakhtiar.
Hadirin juga turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid Zahran dan nyanyian solo Pengarah PASTI Kedah Ustaz Zawawi Ahmad, sebelum diakhiri dengan doa wehdah beramai-ramai. -HARAKAHDAILY 13/6/2026




















