Iran keluarkan amaran ‘neraka’ untuk AS-Israel

Mohammad Baqer Zolqadr
- Advertisement -

TEHRAN: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran memberi amaran sebarang pencerobohan baharu oleh ‘gabungan Zionis Israel-Amerika Syarikat’ akan menjadikan rantau ini sebagai ‘neraka’ bagi pelakunya, menekankan bahawa Paksi Perlawanan (‘Axis of Resistance’) selama beberapa dekad telah membentuk semula dinamik keselamatan global.

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan pada lewat Isnin, Mohammad Baqer Zolqadr berkata bahawa ‘47 tahun dan 100 hari penentangan’,  yang merangkumi medan perang, bandar, politik dan diplomasi, telah mengubah susunan keselamatan global di rantau Asia Barat.

Beliau mencadangkan bahawa sebarang ‘ancaman yang boleh dipercayai’ tidak boleh dicari di luar Washington dan Tel Aviv.

“Jika ‘gabungan jahat Zionis Israel-Amerika Syarikat’ sekali lagi melakukan kesilapan, rantau (Asia Barat) ini akan menjadi ‘neraka’ khusus untuk mereka,” tegasnya, lapor agensi berita Iran.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan memberi penghormatan, dengan berkata, “Semoga kesejahteraan ke atas para syuhada Dahiyeh.”

Kenyataan tersebut muncul  susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin yang mendakwa AS akan mengisytiharkan ‘kemenangan mutlak’ ke atas Iran dalam tempoh dua minggu akan datang, hanya beberapa jam selepas Iran dan Israel bersetuju menghentikan peningkatan keganasan paling buruk sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada April 2026.

“Kami adalah pasukan yang sangat tegas, dan saya fikir kami sedang memenangi pertempuran itu, tetapi anda benar-benar akan memenanginya dalam tempoh dua minggu akan datang apabila kami mengisytiharkan kemenangan mutlak,” dakkaTrump ketika berucap pada kempen Senator Lindsey Graham, sekutu rapatnya daripada Parti Republikan.

Tambah dakwaan Trump, ia akan menjadi kemenangan mutlak. Ia akan berlaku tidak lama lagi, dan harga minyak akan turun mendadak.

Terdahulu,  Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbia Iran mengumumkan pemberhentian operasi ketenteraan terhadap rejim Israel pada petang Isnin, sambil memberi amaran bahawa langkah itu tidak boleh ditafsirkan sebagai kekangan dalam menghadapi pencerobohan pada masa hadapan.

Dalam kenyataannya, ia menyatakan bahawa Angkatan Tentera Iran telah memberikan ‘tindak balas yang memeritkan’ terhadap tindakan rejim Zionis Israel di selatan Lubnan dan kawasan Dahiyeh di Beirut, menggambarkannya sebagai sokongan untuk rakyat Lubnan. 

“Penggantungan operasi ini harus difahami sebagai bersyarat, menekankan bahawa sebarang pencerobohan selanjutnya akan mencetuskan ‘langkah yang jauh lebih keras dan menghancurkan’ daripada sebelumnya,” tegas kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 9/6/2026

- Advertisement -