Kisah ‘pindahmilikan’ aset TH semasa Kerajaan PH 22 bulan

Atau kata nama lain penjualan?

- Advertisement -

DATUK Seri Dr Mujahid Rawa sering menafikan pihak Tabung Haji (TH) telah menjual aset-aset TH. Pihak TH walau bagaimanapun mengakui dalam Pelan Penstrukturan dan Pemulihan bagi urusan pemindahmilikan (bukan penjualan?) telah dilakukan kepada pihak Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) selaku SPV dengan nilai RM19.9 bilion.

Pembayaran ‘pemindahmilikan’ ini dibuat dengan penerbitan 2 sukuk masing-masing RM10 bilion dan RM9.6 bilion. Seterusnya baki dilangsaikan dengan bayaran RM300 juta tunai. Aset-aset TH ini terdiri daripada 106 ekuiti domestik, satu syarikat perladangan dan 29 hartanah termasuk empat hotel.

Penjualan ladang oleh TH Plantations Bhd (THP) adalah sebahagian langkah rasionalisasi aset bagi membolehkannya muncul semula sebagai syarikat perladangan bersaiz sederhana yang berdaya maju, tegas Ketua Pegawai Eksekutif THP, Muzmi Mohamed.

Jika tidak diberikan perhatian yang serius oleh pihak berkenaan, silap-silap boleh jadi ‘scam’ terbesar dalam Malaysia berikutan nilai pindah milik aset berjumlah RM19 bilion dan pihak TH hanya terima RM300 juta tunai beserta dua sukuk yang tidak pasti ada jaminan kerajaan, silap-silap hangus macam itu saja.

PricewaterhouseCoopers pun telah tegur menyatakan bahawa sukuk yang dikeluarkan oleh UJSB tidak dijamin oleh kerajaan Malaysia.

Aset yang berjaya diselamatkan

Apabila kerajaan bertukar daripada PH kepada PN pada bulan Mac 2020. Kesemua proses penjualan aset Tabung Haji telah dinilai semula. Antara aset yang berjaya dihalang proses penjualan ialah aset perladangan bernilai RM170 juta kepada Syarikat Tamaco Plantation Sdn Bhd. Apa yang menariknya nilai asal aset ialah RM387 juta namun ia telah dibuat penilaian semula berkali2 untuk merendahkan nilai kepada hanya RM120 juta.

Walaupun Dr Mujahid sentiasa menafikan mengenai penjualan aset TH namun yang menghairankan ialah beliau telah mengakui penjualan ini melalui percakapan beliau dalam Dewan Rakyat.

- Advertisement -

“Kenapa apabila pelaksanaan rasionalisasi untuk selamatkan THP pada 2018 dengan ‘menjual aset’ atas keperluan sama, jadi isu politik?” kata Dr Mujahid.

Ustaz Ahmad Marzuk ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, antara lain memaklumkan antara aset THP yang dilupuskan ketika pentadbiran PH, adalah Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisan Mas Sdn Bhd dengan 6,514 hektar ladang, yang dijual kepada syarikat bukan Bumiputera, Tamaco Plantation Sdn Bhd.

Pada ketika kerajaan telah bertukar tangan daripada PH kepada PN, urusan telah berjalan di separuh jalan di mana pihak Tamaco telah membayar kepada TH deposit berjumlah RM50 juta. Menurut Ustaz Ahmad Marzuk Shaary beliau terpaksa merayu kepada pihak kerajaan berkali-kali untuk tidak meneruskan agenda kerja-kerja jahat di zaman PH dengan meneruskan urusan kerja penjualan aset-aset TH kepada pihak yang lain.

Urusan ini akhirnya diputuskan oleh pihak kerajaan untuk dihentikan penjualan. Pihak Tamaco juga telah menarik tuntutan pada akhir Disember 2021 sekali gus membatalkan SPA 5 Disember 2019.

Pada ketika Senator Ustaz Idris Ahmad, Menteri Hal Ehwal Agama yang terkini, seterusnya menyatakan iltizam untuk membangunkan aset ini bagi menjana keuntungan kepada pihak TH. Langkah terbaru pihak kerajaan PN melalui Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) pihak TH telah membeli satu aset yang berpotensi tinggi di London. Malah aset-aset perladangan yang dibatalkan penjualan juga telah memberikan keuntungan kepada TH.

Bandingkan kerja-kerja Menteri PAN yang mengurangkan aset dengan Menteri PAS yang menambah aset ketika menerajui TH.

Usahlah drama dan skrip kerja-kerja melingkupkan aset rakyat diulang semula. Pastikan PH tidak menjadi pilihan rakyat yang inginkan kepada Malaysia yang makmur dan maju.

DR KHALID HAMKA – HARAKAHDAILY 28/7/2026

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/18nsZMDkrz/

Rujukan:

[1] https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/07/713774/nyatakan-sebab-sebenar-ladang-th-plantations-dijual-mujahid

[2] https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/12/762979/kerajaan-tarik-balik-keputusan-jual-aset-th-plantations

[3] https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/saya-sudah-arah-henti-jual-aset-tabung-haji/

[4] https://m.malaysiakini.com/news/469652

[5] https://www.bbcportal.my/2020/08/14/apa-pertimbangan-mujahid-ujsb-terbit-sukuk-tanpa-jaminan-kerajaan/

[6] http://www.tabunghaji.gov.my/ms/faq/isu-isu-semasa/th-plantations-jual-aset-mantapkan-kewangan

[7] http://www.tabunghaji.gov.my/ms/korporat/faq/taxonomy-pelan-penstrukturan-pemulihan-th

[8] https://www.theedgemarkets.com/article/tamaco-withdraws-lawsuit-against-th-plantations-over-discontinuance-plantation-units-sale

[9] https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/11/th-plantations-catat-untung-rm39-76-juta-suku-ketiga/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -