Jangan ‘over confident’, belajar daripada Kelantan

- Advertisement -

Ucapan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yaakob

- Advertisement -

وَكَاَيِّنْ مِّنْ نَّبِيٍّ قَاتَلَۙ مَعَهٗ رِبِّيُّوْنَ كَثِيْرٌۚ فَمَا وَهَنُوْا لِمَآ اَصَابَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَمَا ضَعُفُوْا وَمَا اسْتَكَانُوْا ۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الصّٰبِرِيْنَ

Maksudnya: “Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mengasihi orang yang sabar.” (Surah Aali Imran: 146)

Semangat tengok Dewan Ulamak. Lihatlah kepada Presiden yang buat pelbagai perkara untuk umat ini. Cabaran dan tanggungjawab untuk memahamkan umat. Ta’awun siyasi Presiden terangkan tentang konsep ta’awun siyasi. Perlu ada kerjasama dan persefahaman dengan parti-parti orang Melayu. Kita terbuka, terbuka dengan ilmu, strategi.

Ulama disebut dalam Quran, hadis.
اِنَّمَا يَخْشَى اللّٰهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰۤؤُاۗ
Maksudnya: “Hanya sanya yang takutkan Allah daripada kalangan hamba-hambaNya adalah para ulama.” (Surah Fatir: 28)

Kedudukan ulama ini tinggi di sisi Allah. Kita perlu buat persediaan.

Dulu Kelantan guna tema: ‘Bangkit Pertahan’. Lepas 1990, orang takut, bolehkah tok lebai perintah? Persepsi yang tak mudah dipatahkan. Kita tak ada pengalaman memerintah sebelum itu. Umno beri tiga bulan kepada PAS untuk perintah Kelantan.

Tapi kita belajar untuk laksanakan apa yang kita pegang iaitu:
اقامة الدين و سياسة الدنيا به
‘Menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya’

Macam mana nak laksanakan Islam kerana Kelantan sebelum ini diperintah dengan sekular dan pegawai kerajaan juga diajar dengan sekular.

Tok Guru Nik Aziz buat, antara yang awal pindah akaun kerajaan negeri ke Bank Islam. Kita tak mampu buat bank. Pengurus-pengurus bank jumpa Tok Guru tanya macam mana ni. Tapi hasrat Tok Guru sangat kuat melaksanakan Islam. Selepas itulah berkembang perbankan Islam di bank-bank lain.

Kita diajar tentang kerahsiaan parti. Keputusan mesyuarat yang tersebar sebelum selesai mesyuarat tak sepatutnya berlaku.

Abdullah bin Jahsy al-Asadi diperintah oleh Nabi SAW pada tahun kedua di Madinah jadi perisik. Beliau diberi sampul supaya tidak dibuka melainkan lepas dua hari perjalanan. Ada arahan supaya pergi ke Nakhlah, melihat apa yang dibuat oleh Quraisy.

Dalam perang Khandaq, ada seorang sahabat (Huzaifah ibn al-Yaman) yang ditugaskan oleh Nabi SAW untuk melihat dan meninjau sahaja serta mengambil maklumat tanpa melakukan apa-apa tindakan. Sirah ini disebut sebagai iktibar berkaitan kerahsiaan dalam jemaah.

Dalam berjemaah, kena ada kerahsiaan, terutama yang melibatkan strategi.

Persefahaman politik sekarang di Pilihan Raya Negeri Sembilan patut dibawa lebih ke hadapan dengan menjadikan Islam sebagai Ad-din.

Kita mahu Melayu bersatu tetapi ia bukan mudah. Kita cuba di Negeri Sembilan. Jika ia positif dan capai matlamat, kita akan luaskan lagi. Matlamat kita untuk selamatkan umat. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk penyatuan ini, sebelum dibuat pelbagai perkara oleh kerajaan PH yang merugikan umat dan Melayu.

Berkaitan kebajikan, kita juga perlu beri perhatian kepada petugas yang sebenarnya juga sangat berhajat kepada bantuan walaupun mereka tidak mengadu, dan mereka pula yang membantu orang lain.

Ulama mesti ambil contoh daripada sirah Nabi SAW dalam gerak kerja mereka. Contoh para Sahabat yang mengambil peranan masing-masing dalam peristiwa hijrah Nabi. Ulama mesti sentiasa membelek dan berbincang sesama sendiri berkaitan sirah Nabi SAW dan mengambil iktibar.

Berkaitan pengorbanan, kita mesti tingkatkannya.

Ulama yang menyampaikan ilmu, zahirnya baik, dilihat oleh masyarakat, bila diajak kepada PAS, mereka bersedia bersama.

Persiapan hadapi PRU16. Jangan leka, jangan ‘over confident’ kerana musuh sentiasa bergerak. Ambillah sejarah dari PAS Kelantan. Saya berharap di Terengganu juga demikian, agar terus memerintah Terengganu.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri
Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Terengganu ke 61,
Dewan Darul Bayan, Paka.
Sabtu, 25 Julai 2026 – HARAKAHDAILY 26/7/2026

- Advertisement -