Islam tegas, fleksibel soal hukuman mati

Senator Musoddak Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Islam memberikan spektrum yang tegas dan fleksibel dalam soal hukuman mati.

Senator Musoddak Ahmad berkata bahawa dalam sesebuah kes jenayah khususnya, pada sisi yang lain, isu hukuman mati tidak sepatutnya diuruskan merujuk kepada nasib pesalah atau penjenayah semata-mata kerana kedua-duanya mempunyai hak masing-masing.

- Advertisement -

“Ada hak kepada pesalah iaitu proses pendakwaan yang adil, ada hak kepada si mangsa iaitu diyat atau pampasan atau kuasa pengampunan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Menurutnya, perbincangan mengenai  pemansuhan hukuman mati terhadap pesalah kes mahkamah telah menarik perhatian global sejak kebelakangan ini.

“Terdapat sesetengah pihak berpandangan bahawa hukuman mati ini sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia.

“Golongan sebegini mempertahankan bahawa  pesalah masih menjadi ruang untuk dipulihkan serta hak untuk hidup.

“Maka, justifikasi tersebut mewajarkan supaya hukuman mati ditiadakan terus dalam sistem perundangan negara masing-masing,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/4/2023

- Advertisement -