Akta perlu adil, cegah, kurangkan jenayah

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akta yang digubal bukan sahaja perlu memberi keadilan buat semua tetapi juga mampu mencegah perlakuan jenayah.

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, beliau berharap agar kes-kes jenayah di negara ini semakin berkurangan agar kehidupan rakyat hidup aman dan damai.

- Advertisement -

“Jadi, kita boleh belajar dari negara-negara yang telah berjaya mengurangkan kes-kes jenayah ini.

“Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kes perlakuan jenayah ini?

“Adakah kaedah-kaedah yang telah dilaksanakan sekarang berkesan untuk memulihkan bekas banduan supaya mereka tidak mengulangi jenayah yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam  perbahasan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 di Dewan Negara, di sini, hari ini.

“Justeru, apakah ada panduan atau perincian yang boleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan gunakan untuk membuat keputusan yang adil kepada rakyat Malaysia dan juga kepada banduan akhir sama ada wajar diberi hukuman gantian ataupun dikekalkan dengan hukuman mati?

“Jika pesalah tidak mampu untuk membayar peguam, apakah pihak kerajaan bersedia untuk menyediakan peguam kepada pesalah-pesalah ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/4/2023

- Advertisement -