Arab Saudi giat bina perkampungan ski

Resost ski, Trojena terletak 50 kilometer dari pantai Teluk Aqaba, Arab Saudi.(FOTO: Latte Luxury News)
- Advertisement -

Susunan YUSMAN AWANG

- Advertisement -

RIYADH: Arab Saudi telah menamakan rangka kongsinya bagi membina sebuah perkampungan atau resort ski futuristik, dinamakan sebagai Trojena, yang merupakan salah satu projek utama di bawah pembangunan bandar raya pintar masa depan, NEOM.

Perkampungan ski di Trojena yang dibangunkan bersempena Saudi yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia pada tahun 2029 itu bakal mendapat kerjasama pemaju hospitaliti, Ennismore bagi menubuhkan jenama ikoniknya, 25hours Hotels dan Morgans Originals di situ, lapor Arab News.

Trojena merupakan sebahagian daripada projek pembinaan bandar raya pintar masa depan, NEOM di Arab Saudi. (FOTO: Frontsofficesports)

Perjanjian dengan Ennismore disebut-sebut sebagai salah satu daripada banyak perjanjian yang akan ditandatangani dengan pemaju hospitaliti itu, kerana pihak Hotel Development, unit bahagian NEOM yang bertanggungjawab untuk membina ekosistem hospitaliti mahu mewujudkan perkongsian global dengan firma terkemuka tersebut.

“Perkongsian kami dengan Ennismore menyuarakan misi kami untuk merintis dalam ruang hospitaliti berpengalaman dengan cara yang membentuk masa depan pembangunan hotel di  Trojena. 

“Dengan semangat yang dikongsi bersama untuk membangunkan konsep hospitaliti yang berbeza dan imaginatif, kami amat teruja  untuk melihat hubungan dua ha  ini – dan yang lain sepertinya – giat berkembang,” ulas Pengarah Eksekutif, Pembangunan Hotel di NEOM, Chris Newman.

Arab Saudi menyediakan Trojena khusus sebagai tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia 2029. (FOTO: Vogue Arabia)

Sementara Philip Gullett, Pengarah Eksekutif dan Ketua Wilayah di Trojena, Philip Gullett berkata bahawa kedua-dua 25hours Hotels dan Morgans Originals adalah jenama yang ideal untuk Trojena kerana pihaknya menampilkan pengalaman luar biasa untuk penduduk dan pelawat yang mencari elemen ‘kemewahan, pengembaraan, hiburan, kebolehdiaman dan melarikan diri daripada status quo’. 

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif NEOM Nadhmi Al-Nasri, Trojena akan mempunyai semua infrastruktur yang diperlukan untuk menjadikan Sukan Musim Sejuk sebagai ‘acara global yang tidak pernah dilihat sebelum ini’.

Resort ski Trojena dibina pada ketinggian yang mencecah antara 1,500 meter hingga 2,600 meter daripada aras laut. (FOTO: NEOM.com)

Trojena dijangka siap pada 2026, dan ia merupakan kawasan di mana suhu musim sejuk berada di bawah sifar, dan suhu sepanjang tahun biasanya 10 darjah lebih sejuk daripada kawasan lain di rantau negara Teluk.

Tapak perkampungan ski di Trojena yang menelan kos AS$500 itu dibina meliputi keluasan 60 kilometer persegi, pada ketinggian antara 1,500 meter dan 2,600 meter daripada aras laut.

Terdapat 47 acara sukan dijadualkan berlangsung pada Sukan Musim Sejuk Asia 2029 di Trojena  – 28 daripadanya  di atas salji dan 19 lagi di atas ais (tasik beku)-  termasuk pertandingan melibatkan ski, papan salji dan hoki ais dan luncur angka. – HARAKAHDAILY 19/10/2022

- Advertisement -