
11 ORANG, Edy Ko’im Said, 40, Mohamad Norakmal Hassan, 41, Dody Junaidi, 42, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39, Mohamad Naziree Mustapha, 39, Faizull Hardey Mohd Isa, 40, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25, Mohamad Sufian Saly, 23, Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21, Nidarahayu Zainal, 34, and Raibafie Amdan, 39, termasuk seorang wanita Melayu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan menculik dan mencederakan seorang warga Palestin.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan rotan.
Kita marah dan mengutuk rejim haram Zionis yang membunuh dan mencederakan saudara kita warga Palestin di tanah air mereka. Kita sekadar menghantar bantuan dan doa kerana mereka jauh.
Tetapi hari ini rejim laknat ini mengupah warga kita untuk menculik dan mencederakan para pejuang Palestin yang berada dalam negara kita.
Cukup bangsat warga tempatan anak-anak Melayu yang makan upah dari pengganas Mossad ini. Mereka menconteng arah di wajah mulia bangsa Melayu yang beragama Islam.
Mereka pengkhianat agama dan bangsa dan wajar dihukum seberat-beratnya.
Sekali lagi tahniah kepada pihak PDRM yang telah bertindak pantas sehingga berjaya memberkas dan mendakwa para pengkhianat ini.
Kerajaan perlu beri ganjaran sewajarnya pada para pahlawan kita ini.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 19/10/2022




















