‘100 daripada 100 kejayaan’ operasi 24 jam Iran menentang Israel

Ebrahim Zolfaqri
- Advertisement -

TEHRAN:  Pertubuhan Perisikan di bawah Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan bahawa operasi ketenteraan, keselamatan dan siber baru-baru ini terhadap rejim Zionis Israel mencapai ‘kejayaan sepenuhnya’, susulan gelombang serangan balas yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan Israel.

- Advertisement -

Dalam mesej yang disiarkan di akaun media sosialnya pada Isnin, Pertubuhan Perisikan IRGC itu menyatakan bahawa perisikan lapangan menunjukkan serangan ketenteraan, keselamatan dan siber yang teruk dan pantas telah dilakukan semalaman, pada Isnin terhadap wilayah yang diduduki, menggambarkan hasilnya sebagai ‘100 daripada 100 kejayaan’.

“100 malam penentangan, 100 tahun keselamatan,” tegas mesej berkenaan, lapor agensi berita Iran.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat susulan serangan Israel ke atas Lubnan dan pelanggaran berterusan perjanjian gencatan senjata 8 April, 2026 yang mencetuskan siri operasi balas Iran terhadap sasaran ketenteraan Israel.

Terdahulu, pada Isnin IRGC  mengumumkan ia telah berjaya melaksanakan serangan balas menyasarkan loji petrokimia di Haifa, selatan Israel dengan peluru berpandu balistik, susulan serangan Israel ke atas kemudahan perindustrian termasuk loji petrokimia  Iran di wilayah Khuzestan. 

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbia Iran berkata bahawa tamparan hebat telah diberikan kepada sasaran utama di wilayah pendudukan Israel, menekankan kesediaan berterusan Iran dan keupayaan tindak balas yang lebih kuat.

Dalam satu kenyataan lewat Isnin, Kolonel Ebrahim Zolfaqari berkata pihaknya telah bertindak seperti yang telah dijanjikan.

Menurutnya, Angkatan Tentera Republik Islam Iran termasuk IRGC dan Tentera Republik Islam Iran (AIRI), telah membuktikan bahawa pada puncak kesediaan pertahanan dan ofensif.

“Mereka (IRGC dan AIRI) bertindak dengan kelajuan dan ketepatan yang tinggi terhadap apa yang dikatakan, dan membuat musuh Amerika dan Zionis menyesali tindakan mereka,” tegasnya.

Tambah beliau, dalam gelombang operasi baharu terhadap sasaran penting dan sensitif di wilayah pendudukan, musuh Israel telah mengalami operasi ofensif yang berjaya oleh pasukan Republik Islam Iran yang berkuasa, menerima ‘tamparan berat, disasarkan, bijak, dan menghancurkan’.

Beliau juga menekankan bahawa AS yang berniat jahat dan rejim Zionis yang kejam wajib  memahami bahawa Iran bersama-sama dengan barisan hadapan Paksi Perlawanan (‘Axis of Resistance’) yang di rantau ini, akan berdiri teguh dalam apa jua keadaan dan dalam menghadapi sebarang ancaman, dan tidak akan pernah tunduk kepada musuh yang kalah dalam peperangan.

“Jika pencerobohan dan permusuhan berterusan, Iran akan bertindak balas dengan lebih intensiti,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 9/6/2026

- Advertisement -