Aksi garang Klopp bawa padah

Juergen Klopp memarahi penolong pengadil ketika Liverpool menentang Manchester City
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp didakwa kerana berkelakuan tidak wajar berikutan kemarahannya terhadap penolong pengadil ketika pasukannya menang 1-0 dalam Liga Perdana menentang Manchester City.

Klopp diperintah ke tempat penonton kerana berkonfrontasi dengan pegawai berkenaan selepas pemain Liverpool, Mohamed Salah dinafikan sepakan percuma pada lewat separuh masa kedua di Anfield.

- Advertisement -

“Juergen Klopp didakwa melanggar Peraturan FA E3 ketika perlawanan Liga Perdana antara Liverpool FC dan Manchester City FC pada Ahad 16 Oktober 2022,” kata Persatuan Bola Sepak (FA) dalam satu kenyataan.

“Pengurus Liverpool FC didakwa kerana tingkah laku tidak wajarnya pada minit ke-86 dan dia mempunyai masa sehingga Jumaat 21/10/22 untuk memberikan maklum balas.”

Keputusan itu bermakna Klopp bebas untuk mengendalikan pasukannya apabila melayan kunjungan West Ham United pada hari ini.

Liverpool berada di tempat kelapan dalam kedudukan liga dengan 13 mata daripada sembilan perlawanan, dua mata di depan West Ham yang berada di tangga ke-12.

- Advertisement -