17 mangsa banjir di Pakistan maut terbakar

Kejadian kebakaran bas yang memuatkan 35 mangsa berlaku di lebuh raya M-9 yang menghubungkan bandar pelabuhan Karachi dengan Hyderabad dan Jamshoro di wilayah Sindh, Pakistan. (FOTO: HavanNews)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

- Advertisement -

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 17 orang yang terjejas akibat banjir di Pakistan maut akibat melecur apabila bas yang mereka naiki terbakar ketika masing-masing pulang ke kediaman di selatan Pakistan.

Setiausaha Kesihatan Parlimen, Siraj Qasim Soomro berkata bahawa setakat ini, sekurang-kurangnya 17 penumpang telah meninggal dunia dan 10 orang lagi telah dirawat kerana mengalami kecederaan, lapor CGTN

Kira-kira 35 orang berada di dalam bas ketika kejadian berlaku di lebuh raya M-9 yang menghubungkan bandar pelabuhan Karachi dengan Hyderabad dan Jamshoro di wilayah Sindh.

The Canberra Times melaporkan punca kebakaran itu tidak dapat dipastikan tetapi menurut polis, kebakaran itu berlaku di bahagian belakang bas yang menyambar keseluruhan bas.

“Mereka yang menaiki bas terdiri daripada  yang terjejas banjir yang telah berpindah ke suatu tempat di luar lebuh raya, dan mereka dalam perjalanan pulang ke daerah Dadu dan mereka menggunakan pengangkutan persendirian,” ujar Pesuruhjaya Daerah Jamshoro, Asif Jameel kepada Reuters.

Beberapa penumpang dilihat melompat keluar daripada  bas untuk menyelamatkan diri dari kebakaran tersebut.

Punca kebakaran itu belum dijelaskan, bagaimanapun polis Pakistan berkata, kebakaran bermula di bahagian belakang bas dan merebak dengan cepat, lapor havannews.

Beberapa penumpang melompat keluar dari tingkap untuk melarikan diri dari api yang menyambar kenderaan itu.

Dadu merupakan salah satu daerah yang paling teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini di wilayah Sindh.

Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di Pakistan, terutamanya disebabkan oleh kelajuan, infrastruktur jalan yang lemah dan penggunaan kenderaan yang tidak sesuai.

Terdahulu,  Pada Ogos 20, orang maut dalam kemalangan berapi di lebuh raya di Multan Southern Punjab apabila ia bertembung dengan sebuah kapal tangki minyak.

Pada 2017, sebuah kapal tangki minyak terbalik dan terbakar di wilayah itu, telah mengorbankan lebih 100 orang. – HARAKAHDAILY 13/10/2022

- Advertisement -