Imran Khan tuntut pilihan raya diadakan di Pakistan

Imran Khan berucap di hadapan puluhan ribu penyokong setia partinya, Tehreek e-insaf di Lahore, Pakistan pada 21 April 2022. (FOTO newsperhour)
- Advertisement -

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan yang digulingkan, Imran Khan telah menuntut pilihan raya baharu diadakan di tengah-tengah kegawatan politik negara itu selepas kerajaan baharu mengambil alih dan memberi amaran bakal menghadapi cabaran besar untuk memulihkan ekonomi yang terjejas.

Khan ketika berucap dalam perhimpunan besar di timur Lahore yang dihadiri berpuluh-puluh ribu penyokongnya pada Khamis (21 Apr) – perhimpunan awam yang ketiga sejak beliau kehilangan kuasa untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan baharu, berkata bahawa  sesiapa yang telah membuat kesilapan, hanya ada satu cara untuk membetulkannya iaitu mengadakan pilihan raya secepat mungkin.

- Advertisement -

Khan meminta penyokongnya bersedia menunggu gesaannya untuk berarak ke arah ibu kota Islamabad jika tuntutannya untuk mengadakan pilihan raya itu baharu ditangguhkan.

“Tunggu panggilan saya!” tegasnya.

Khan bersama lebih 100 ahli parlimennya di dewan rendah parlimen negara itu meletak jawatan selepas bekas bintang kriket dunia itu kehilangan undi percaya yang digerakkan oleh pembangkang yang bersatu, yang menyalahkannya kerana salah urus ekonomi, tadbir urus dan hubungan luar.

Walaupun Khan mendakwa bahawa Amerika Syarikat adalah di sebalik kejatuhannya, dakwaan yang dinafikan Washington, beliau sejak kebelakangan ini berselisih faham dengan angkatan tentera negara itu berhubung perbezaan pendapat berhubung pelantikan ketua perisikan tertinggi negara itu.

Khan menyeru penyokongnya bersedia menunggu gesaannya untuk berarak ke arah ibu kota Islamabad jika tuntutannya untuk mengadakan pilihan raya baru ditangguhkan. (FOTO Daily Sabah)

Terdahulu, Perdana Menteri baharu, Shehbaz Sharif pada Selasa (19 Apr) telah melantik kabinet gabungan pelbagai parti yang terdiri daripada bekas seteru politik dalam pembangkang yang bersatu untuk menggulingkan Khan.

Tentera telah memerintah secara langsung negara itu selama hampir separuh sejarahnya yang hampir 75 tahun. Ia memandang baik Khan dan agenda konservatifnya apabila beliau memenangi pilihan raya pada tahun 2018, tetapi sokongan itu berkurangan berikutan pelantikan dan masalah ekonomi.

Khan menolak tuduhan pembangkang terhadapnya dan mendakwa pengguligannya itu adalah sebahagian daripada konspirasi AS untuk menjatuhkannya hanya kerana dia pergi ke Rusia untuk menentang amaran daripada Washington.

“Kami mahu membawa minyak pada diskaun 30 peratus dari Rusia,” kata Khan, yang berada di Moscow pada hari pertama Rusia (24 Feb) menyerang Ukraine, sambil menambah bahawa antara perancangannya termasuk membeli gandum dan gas dari Rusia. – TRT World

- Advertisement -