AS lantik wakil penyiasat nahas Boeing 737-800 China

- Advertisement -

WASHINGTON: Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) telah melantik penyiasat kanan keselamatan udara sebagai wakil bertauliah Amerika Syarikat untuk melalukan siasatan terhadap nahas pesawat Boeing 737-800 China Eastern Airlines yang terhempas semalam di sebuah kawasan pergunungan berhampiran Wuzhou, China.

Dalam kenyataannya pada Isnin (21 Mac), NTSB berkata, wakil daripada Boeing, CFM, usaha sama General Electric dan Safran yang mengeluarkan enjin pesawat, dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan akan berkhidmat sebagai penasihat teknikal.

- Advertisement -

Di bawah perjanjian antarabangsa, AS boleh bertindak sebagai wakil kepada siasatan nahas sejak pesawat itu dihasilkan di negara tersebut. .

Tidak jelas sama ada atau bila pihak NTSB akan pergi ke lokasi nahas di China.Kedutaan China di Washington dalam pada itu  tidak segera memberikan sebarang komen tentang perkara itu.

Selepas nahas Boeing 737 MAX 2018 di Indonesia yang melibatkan jenis pesawat sama  pada 2019, NTSB segera menghantar penyiasat ke Indonesia untuk mengambil bahagian dalam siasatan bersama kerajaan Indonesia.

Ketika itu, Pengerusi NTSB, Robert Sumwalt dalam keterangannya di hadapan Kongres  pada tahun berkenaan berkata bahawa semasa pencarian untuk kotak hitam pesawat berkenaan iaitu perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR), seorang penyiasat NTSB telah ditugaskan bagi melajukan siasatan.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Boeing, Dave Calhoun memberitahu bahawa pakar yang membina pesawat  jenis yang terhempas di China itu telah menawarkan sokongan penuh dari segi teknikaldalam penyiasatan nahas itu.

“Pihak kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk menyokong  bagi membantu pelanggan kami (China Eastern Airlines)  dalam melakukan  penyiasatan  terhadap nahas berkenaan,” katanya. – Reuters

- Advertisement -