Sosok ini yang membimbing kami ke jalan Allah

- Advertisement -

SEJUJURNYA ada dua perkara yang saya iri hati terhadap sosok mulia ini. Pertama ketinggian ilmunya dan kedua ketenangan beliau di tengah hujanan fitnah dan makian. Iri hati itu sekali gus menjadikan hati saya mencintainya kerana Allah.

Beliau adalah wali yang tenggelam dalam zauq dan fana’ kerana hubungannya dengan Allah. Dentuman guruh, petir dan halilintar cacian di sekelilingnya sedikit pun tidak mengganggu asyiknya dengan perjuangan dan ubudiyyahnya kepada Allah. 

- Advertisement -

Beliau sibuk berbisik dengan Allah, lalu tidak lagi menarik baginya perkataan makhluk. Puji dan caci sama sahaja baginya. Bahkan beliau lebih takut kepada pujian berbanding cacian. Sungguh saya iri hati kepadanya.

Dengan ilmunya beliau terus menulis, mengajar dan memberikan tausihah. Di tengah bedilan musuh beliau terus melangkah. Kami abna’ul harakah tidak pernah menyesal berada di belakangnya. Bahkan kami berbangga dengan anugerah Allah kepada kami iaitu seorang Murabbi yang alim, sufi dan mujahid.

Nak kata saya taksub? Katalah, tapi ‘kamu ada, seperti yang kami ada?’

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 24/5/2021

- Advertisement -