
TEHRAN: Sistem peluru berpandu Iran bersedia untuk diaktifkan serta-merta jika Israel bertindak balas terhadap operasi ketenteraan terbaharu Iran, menurut sumber tentera yang mengeluarkan kenyataan amaran pada hari Isnin.
“Sebilangan peluru berpandu Iran yang sesuai kini bersedia untuk ditembak serta-merta ke arah senarai sasaran yang lebih luas di wilayah yang diceroboh jika rejim Zionis Israel bertindak balas terhadap Iran,” kata sumber tentera kepada agensi berita Iran.
Sumber itu pada masa yang sama menyatakan bahawa jika Israel bertindak balas, pusingan operasi Iran seterusnya akan menjadi dan merangkumi zon yang lebih besar dan meluas.
“Iran bersedia untuk memulakan pertempuran berskala besar jika rejim Zionis bertindak balas (kepada Iran), dan Zionis wajib mendengar amaran ini,” ulang kenyataan sumber itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat Ahad, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam kenyataannya berkata operasi peluru berpandu itu adalah tindak balas langsung terhadap jenayah rejim Zionis yang berleluasa di selatan Lubnan, yang telah mengakibatkan pembunuhan dan perpindahan beramai-ramai orang awam.
“Sebagai tindak balas kepada jenayah meluas rejim Zionis yang merampas kuasa di selatan Lubnan, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai rakyat Tyre, Nabatieh dan kawasan lain yang tertindas, termasuk Dahiyeh Beirut, pangkalan udara Ramat David, justeru asal usul pencerobohan ini telah disasarkan oleh peluru berpandu balistik Pasukan Aeroangkasa IRGC,” tegas kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 8/6/2026




















