‘Bukankah DAP juga sedang tipu ahlinya sendiri?’

Ahmad Fadhli persoal Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menyindir pemimpin Umno kononnya sedang memperdayakan ahli parti mereka sendiri.

- Advertisement -

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, jika pemimpin Umno dituduh menipu ahlinya, perkara sama juga boleh ditujukan kepada DAP.

“Jika Anthony nak kata pemimpin Umno sedang tipu ahlinya, bukankah DAP sendiri juga sedang tipu ahlinya juga?” soal beliau dalam media sosial miliknya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan kononnya Anthony Loke yang menyindir Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi kerana tidak mahu semeja dengan DAP, sedangkan Presiden Umno pula duduk semeja dengan Setiausaha Agung DAP setiap minggu.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP……Hebat! Teruskan keangkuhan kamu. Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya…harap maklum…terima kasih!” ujar Anthony Loke dalam media sosial miliknya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Onn Hafiz Ghazi yang memberikan jaminan bahawa BN Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan negeri selepas PRN, malah menegaskan beliau lebih rela tidak memegang jawatan Menteri Besar daripada duduk semeja dengan parti itu.

Walau bagaimanapun, Ahmad Fadhli menegaskan, realitinya DAP telah memperdayakan ahlinya sejak 2022 dan perkara itu akan terus berlaku menjelang pilihan raya akan datang.

“Sedar ke tidak Anthony Loke bahawa DAP sendiri khususnya DAPSY sendiri beria-ria minta pecat Tok Mat (Dato’ Seri Mohamad Hasan) sebagai menteri (Luar Negeri).

“Dan (DAPSY sendiri) minta kaji semula kerjasama PH-BN, walhal Setiausaha Agungnya sendiri duduk semeja dengan BN setiap minggu,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/6/2026

- Advertisement -