Nasi lemak moden angkat nama Terengganu di pentas dunia

Nazrul Hazel Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Hidangan nasi lemak moden terus mengharumkan nama Terengganu di peringkat antarabangsa apabila seorang anak negeri ini, Nazrul Hazel Mohd Nor, dinobatkan sebagai pemenang Excellent Gold dalam kategori Masakan Nasi Lemak Moden pada World Chef Championship (WCCM 2026).

- Advertisement -

Nazrul yang merupakan kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu turut meraih pingat Silver bagi kategori Creative Salmon dalam pertandingan berprestij yang menghimpunkan kira-kira 2,300 chef profesional dari 10 negara itu, dan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, baru-baru ini.

Dalam pertandingan berkenaan, sebanyak 35 peserta bersaing bagi kategori Modern Nasi Lemak manakala 40 peserta lagi menyertai Creative Salmon, menjadikan saingan cukup sengit di pentas antarabangsa tersebut.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan pengalaman lebih 23 tahun beliau dalam bidang kulinari menjadi kekuatan utama untuk terus bersaing di peringkat dunia.

Nazrul berkata, kejayaan tersebut amat bermakna buat dirinya terutama selepas pernah meraih Gold dalam kategori Pasta Challenge pada World Chef Championship 2023.

“Sokongan daripada keluarga, sahabat handai dan paling utama isteri yang sentiasa memahami serta menyokong kerjaya dan jiwa memasak saya amat bermakna dalam pertandingan ini,” katanya.

Beliau berharap pencapaian itu menjadi pemangkin untuk terus mencipta kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

“Harapan saya agar dapat mencipta lagi sejarah baharu dengan membawa diri ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang juga bekas tukang masak di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu Nazrul turut menegaskan akan terus memperkukuh kerjaya dalam bidang kulinari kerana minat yang mendalam terhadap dunia masakan.

Menurut Nazrul, dia akan meneruskan bidang kulinari secara lebih mendalam dan lebih serius kerana di sinilah minat dan semangat untuk terus berkembang serta berkarya.

“Kejayaan meraih Excellent Gold Medal sebagai pencapaian tertinggi yang menjadi impiannya selama ini,” ujarnya.

Nazrul turut menegaskan akan terus memperkukuh kerjaya dalam bidang kulinari memandangkan minatnya yang mendalam terhadap dunia masakan.

“Kejayaan meraih Excellent Gold Medal sebagai pencapaian tertinggi yang menjadi impian saya selama ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/5/2026

- Advertisement -