Washington siasat serangan maut sekolah perempuan Iran

Seramai 168 pelajar terkorban dalam serangan AS-Israel ke atas sekolah di Minab, senarai nama mangsa dikemukakan

Seorang wanita memegang potret dua kanak-kanak perempuan semasa upacara pengebumian 168 murid-murid sekolah rendah perempuan Shajareh Tayyebeh di bandar Minab, dalam wilayah Hormozgan, di Selatan Iran pada 3 Mac 2026.
- Advertisement -

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sedang melakukan siasatan terhadap  insiden serangan udara  ke atas sebuah sekolah rendah perempuan di selatan Iran, susulan  pihak berkuasa Republik Islam menyatakan serangan berkenaan telah mengorbankan 168 murid.

- Advertisement -

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth dalam kenyataannya mendakwa pihak tentera AS tidak pernah menyasarkan lokasi awam.

“Apa yang boleh saya katakan ialah kami sedang menyiasat perkara itu,” kata Hegseth pada Rabu (waktu tempatan) kepada pemberita apabila ditanya tentang pengeboman sekolah rendah perempuan Shajareh Tayyebeh di bandar Minab, dalam wilayah Hormozgan itu. 

Terdahulu, pihak berkuasa Iran berkata sekolah itu telah diserang pada Sabtu (28 Februari) lepas, pada hari pertama serangan bersama AS-Israel ke atas Iran.

Gabenor Minab, Mohammad Radmehr berkata serangan itu terus melanda sekolah tersebut semasa kelas pengajian sedang berlangsung, membunuh kanak-kanak perempuan berumur antara 7 dan 12 tahun. 

Bangunan itu sebahagian besarnya musnah dan sebahagian bumbung konkritnya runtuh ke atas bilik-bilik darjah sekolah berkenaan.

Media kerajaan Iran melaporkan bahawa 168 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 95 cedera dalam serangan itu.

Iran menegaskan AS dan Israel secara bersama terbabit melakukan serangan itu, sementara tentera Israel mendakwa bahawa mereka tidak menyedari sebarang serangan Israel atau AS di kawasan itu.

Israel sebelum ini menafikan penglibatan dalam serangan maut semasa peperangan lain sebelum kemudian menyemak semula laporannya selepas bukti lanjut muncul.

Menurut media Iran, senarai nama pelajar yang terbunuh dalam insiden tragis itu itu adalah seperti berikut:

Adrina Pegah

Adrina Sangari

Afsoon Ghasemi

Ala Torkizadeh

Anis Jahangard

Armina Silouri

Arezou Badri

Ariana Nemati

Asa Beirami

Asna Dehuei Pour

Ashar Jahanshahi Gaz

Asra Safirian

Atal Ayl Elah Dadi Kouhbanani

Atna Ahmadi Zadeh

Atna Raeisi

Atna Zahedi

Avin Torkmanzadeh

Aylin Mohammadianpour

Aysa Baziyar

Aysa Heydari

Aysa Madastani

Aysa Salari

Bahar Jahangiri

Baran Ghasemi

Benita Moradi

Fadia Shahmiri

Fatemeh Bozorgipour

Fatemeh Farib Zadeh

Fatemeh Jalali

Fatemeh Karimi

Fatemeh Masoumeh Pirami

Fatemeh Mahmoudizadeh

Fatemeh Mohammadi

Fatemeh Moradi

Fatemeh Pendar

Fatemeh Pouralikhani

Fatemeh Rahdar

Fatemeh Rahmani

Fatemeh Rahnama

Fatemeh Sadat Hosseini

Fatemeh Salari

Fatemeh Zahra Abbaszadeh

Fatemeh Zahra Raoufi Nia

Fatemeh Yazdanpanah

Fatemeh Zakeri

Fatima Zayri

Hadis Ranjbari

Hadiseh Khodami

Hadiyeh Zahra Ahmadi

Hana Dehghani

Helen Sadeghi

Helia Angourani

Helma Ghasemi

Hoda Sadat Jafari

Hoda Soltani

Hosna Rahimi

Kimia Salari

Maedeh Zamani

Mahdis Nazari

Mahgol Mollaei Mitavi

Mahna Zarei Kouhestaki

Mahya Salari

Mahel Salar Mirabadi

Malakeh Nejati

Mana Zahedi Dehuei

Mania Nasiri Khouzani

Maryam Barani

Maryam Salari

Masoumeh Anam

Masoumeh Baradaran

Masoumeh Salari

Mobina Mahmoudi

Mohaddeseh Mokhtari

Mohamaddeseh Seifi

Mona Khameneh Zadeh

Motahareh Ahmadi Zadeh

Nazanin Zahra Jazayeri

Nayesh Salehi

Noura Jahanshahi Gaz

Pinar Eskandari

Raha Eftekhari

Raha Heydari

Raha Shahmoradi

Reyhaneh Ahmadi

Reyhaneh Bagherianmanesh

Reyhaneh Heydari

Reyhaneh Loghmani

Reyhaneh Mahdikhah

Reyhaneh Ranjbar

Reyhaneh Salari

Reyhaneh Zahra Pourraeisi

Reyhaneh Zakeri

Roqayeh Shahmoradi

Sahar Ahmadi Zadeh

Samira Mallahi

Sara Shayesteh

Sarina Bagheri

Sedna Habibzadeh

Sedna Jokar

Sedna Tazipour

Selma Jahanshahi Gaz

Selma Zakeri

Setar Salari

Setayesh Ali Hosseini

Seyedeh Hana Nasibi

Sofia Salehizadeh

Taranom Rostami

Vania Dehghani

Vania Dehghani

Yas Sheikhabadi

Yasna Arabi

Yasna Pirami

Yasra Farab

Zahra Ahmadpour

Zahra Alizadeh

Zahra Chakari Zadeh

Zahra Hashemzadeh

Zahra Jalali

Zahra Jafari

Zahra Khoshdastmehrani Zadeh

Zahra Khosravani Fard

Zahra Mansouri

Zahra Naseri

Zahra Raeisi

Zahra Salari

Zahra Safirian

Zahra Sharifi Nejad

Zahra Soleimani

Zahra Zarei

Zahra Zare Mehrani

Zahra Zare Mehrani

Zeinab Jafari

Zeinab Maleki Zadeh

Zeinab Modiri

Zeinab Naseri

Zeinab Zamani

Zeinab Zarei

Zeinab Zare Mehrani

Zoha Pasand – HARAKAHDAILY 5/3/2026

- Advertisement -