Rezeki awal Ramadan tenaga guru PASTI Hulu Terengganu

Maliaman (tengah) pada majlis Bantuan Awal Ramadan dan Aidilfitri di Hulu Terengganu.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Seramai 120 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Hulu Terengganu menerima Bantuan Awal Ramadan dan Aidilfitri dalam satu majlis yang berlangsung di pekarangan Pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu, di sini.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, bantuan berkenaan merupakan tanda penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan guru PASTI dalam mendidik anak-anak, khususnya di peringkat pendidikan awal.

Menurut beliau, golongan pendidik terbabit memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan asas pendidikan generasi muda, justeru kebajikan mereka wajar diberi perhatian.

“Alhamdulillah, seramai 120 orang guru PASTI Hulu Terengganu menerima manfaat daripada sumbangan ini sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, diharapkan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban, menyuntik semangat serta menjadi tanda ingatan bahawa jasa dan pengorbanan para guru sentiasa dihargai. 

“Mudah-mudahan segala usaha mendidik generasi cilik ini diberkati dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah S.W.T,” ujarnya.

Sumbangan berkenaan melibatkan guru-guru daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telemong, Manir, Kuala Berang dan Ajil sebagai persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 5/3/2026

- Advertisement -