Kem khusus untuk lepasan SPM, STAM dan STPM 2024

Tiga hari dua malam secara percuma

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat menawarkan program tiga hari dua malam secara percuma khusus lepasan SPM, STAM dan STPM 2024.

- Advertisement -

Pengerusinya, Zamakshari Muhammad dalam perkongsian di Facebook berkata, ia diterjemahkan melalui aktiviti ‘Kem Pemimpin Masa Depan Kelantan’ yang bakal diadakan bermula 6 Mei depan.

Beliau berkata, majlis tersebut memberi panduan kepada golongan itu mengenai laluan kerjaya selepas menamatkan alam persekolahan serta memilih universiti sesuai dengan minat dan kelulusan.

“Program yang padat dengan aktiviti menarik, slot inspirasi, ‘teamwork’, ‘outdoor games’ dan macam-macam lagi yang ‘confirm’ buat korang rasa, ‘aku rasa aku dah nampak laluan masa depan aku’.

“Kami turut tampilkan ahli panel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta kepakaran bidang masing-masing untuk berkongsi tentang laluan pendidikan pasca alam persekolahan,” katanya.

Kem diadakan di D’Heritage Resort & Training Centre, Bachok itu, menampilkan ramai ahli panel anak Kelantan antaranya Moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud.

Seramai 80 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) mendapat keputusan cemerlang, 11 daripadanya mendapat 12A manakala 10 lagi memperolehi keputusan 11A.

Perkara itu diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat sambil mengumumkan 28 calon pula mendapat 10A dan 31 calon mendapat 9A. – HARAKAHDAILY 28/4/2025

- Advertisement -