Cikgu Shukri dekat dengan penduduk kampung

- Advertisement -

ARAU: Agenda kebajikan serta ziarah rakyat di kampung-kampung menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli, di sini.

- Advertisement -

Walaupun beliau baharu sahaja pulang daripada menunaikan rukun Islam kelima, namun aktiviti menyantuni masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap beliau teruskan.

Kehadiran beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Shukri ke Kampung Bongor Kudung, bukan sahaja dialu-alukan malah memeriahkan lagi majlis kacau bubur asyura yang diadakan oleh komuniti kampung berkenaan.

Bukan sahaja beramah mesra, Cikgu Shukri juga, turut membantu mengacau bubur asyura bersama penduduk kampung.

Bagi beliau, suasana sedemikian sangat mengeratkan ukhuwah sesama mereka, namun secara tidak langsung penduduk kampung juga dapat berjumpanya secara lebih dekat lagi.

Apatah lagi, kampung tersebut juga antara yang aktif mengadakan pelbagai aktiviti, termasuk majlis kacau bubur asyura yang menjadi rutin tahun setiap kali Muharam bertandang.

Sebelum itu, Cikgu Shukri, terdahulu menyantuni beberapa keluarga di sekitar DUN Sanglang bagi menyampaikan sumbangan Skim Kafalah kepada waris yang telah kematian ahli keluarga tersayang.

Kehadiran beliau terus ke rumah waris yang terlibat, menjadi motivasi kepada ahli keluarga yang masih dalam suasana sedih.

Selain mengharapkan ahli keluarga bersabar, Cikgu Shukri juga menasihatkan mereka agar tabah menerima ujian Allah SWT.

Dalam pada itu, beliau turut meyakinkan mereka yang terlibat bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil cakna akan musibah mahupun kesusahan yang ditanggung oleh rakyat bawahan, terutama dari golongan kurang berkemampuan. – HARAKAHDAILY 7/7/2026

- Advertisement -