Kedah Sihat Run 2025 sedia pelbagai hadiah menarik

- Advertisement -

ALOR SETAR: Orang ramai dipelawa untuk menyertai ‘ Kedah Sihat Run 2025’ yang akan diadakan pada 4 Januari depan, bertempat di Taman Tasik Darul Aman, Jitra.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, ia terbuka kepada lelaki dan perempuan melalui dua kategori iaitu dewasa, 18 tahun ke atas dan remaja, 17 tahun ke bawah.

Larian untuk kategori dewasa sejauh 10 kilometer yang dijadualkan bermula seawal jam 7:30 pagi, manakala untuk kategori remaja sejauh lima kilometer, akan dilepaskan pada jam 7:40 pagi.

Hadiah menarik berupa wang tunai dan trofi iaitu RM700 tempat pertama, RM500 tempat kedua dan RM200 tempat ketiga selain trofi untuk pemenang ke empat serta kelima ditawarkan untuk kategori dewasa.

Sementara bagi kategori  remaja, johan akan membawa pulang wang tunai RM400, naib johan RM300 dan ketiga RM150, bersama trofi masing-masing, termasuk tempat ke empat dan kelima.

Cenderahati berupa Kemeja T eksklusif , medal, ‘keychain’, ‘wristband’ dan ‘drawstring bag’ akan diberikan kepada peserta yang membuat pendaftaran, sebagai kenang-kenangan.

Oleh itu, kepada yang berminat, segera mendaftar dengan menyertakan bayaran sebanyak RM25.00 untuk kategori dewasa dan RM20.00 untuk kategori remaja.

Sila imbas kod QR di poster untuk pendaftaran atau hubungi urusetia program di talian 017-862 8890 atau 017-428 8138.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Disember 2024 dan kepada yang berminat jangan tunggu lagi, ajak keluarga dan rakan-rakan untuk turut serta. – HARAKAHDAILY 21/12/2024

- Advertisement -