Gotong-Royong Perdana sempena TMK2025

Serentak seluruh Kedah

Muhammad Sanusi
- Advertisement -

ALOR SETAR: Gotong-Royong Perdana sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025, diadakan serentak di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Kedah, semalam.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga berkesempatan bersama sukarelawan dan agensi kerajaan yang lain membersihkan kawasan sekitar Batu 5, Sik, bermula jam 9 pagi.

Dalam pada itu beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri juga terlibat pada program berkenaan di DUN masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat menjayakannya di Simpang 4, Sedaka, sementara ADUN Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah bersama masyarakat di sekitar Bukit Wang.

Dalam pada itu, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria yang juga ADUN Kuala Nerang di Masjid Padang Serai, bersama Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nurul Amin Hamid.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria juga tidak ketinggalan

Beliau yang merupakan ADUN Kuala Ketil, bersama menghayun cangkul membersihkan kawasan sekitar Masjid Ehsaniah dan padang awam dan disertai ADUN Kupang, Dato’ Najmi Ahmad dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Hassan Saad.

Dalam pada itu, Titi Merah atau dikenali sebagai Jambatan Liverpool di Kampung Alor Sekawan, licin serta ‘merelit’ dibersihkan hasil tangan ADUN Alor Mengkudu, Muhammad Radhi Mat Din dan lain-lain.

Sementara di DUN Gurun, ADUNnya, Baddrol Bakhtiar bersama Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit, berpadu tenaga membersihkan kawasan sekitar Klinik Komuniti Gurun.

Lain-lain, ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak di Taman Rekreasi Gunung Keriang, ADUN Pengkalan Kundur, Mardhiyyah Johari dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, di sebelah Balai Polis, Kota Sarang Semut.

Juga tidak terkecuali, ADUN Ayer Hitam, Azhar Ibrahim di Pekan Sungai Korok, ADUN Pedu, Mohd  Radzi Mat Amin di Pekan Nat, Naka, ADUN Belantik, Ahmad Sulaiman di Dataran Sik Lestari dan ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Sharir Long di Masjid Kampung Permatang Berangan.

Penglibatan menyeluruh dan serentak itu juga melibatkan ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya di Bendang Lanjut.

Juga ADUN Tanjung Dawai, Ustaz Hanif Ghazali di Arkeb Tanjung Dawai dan ADUN Bukit Selambau, Ustaz Azizan Hamzah di Masjid Al-Wajdi, Bukit Selambau.

Tidak ketinggalan ADUN Bandar Baharu, Dr Mohd Suffian Yusoff di Taman Rekreasi Batu Hampar, ADUN Tokai, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim di Medan Selera Telaga Gajah. – HARAKAHDAILY 20/12/2024

- Advertisement -