Pembunuhan beramai-ramai dengan sekat bekalan air

Rakyat Palestin di Gaza mempunyai akses hanya beberapa liter air sehari. (FOTO: Al Jazeera)
- Advertisement -

GAZA: Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) pada Khamis mendakwa Israel melakukan tindakan ‘pembunuhan beramai-ramai’ terhadap rakyat Palestin di Gaza dengan menyekat bekalan air mereka.

- Advertisement -

Pihak berkuasa Israel telah menghalang rakyat Palestin daripada mendapatkan bekalan air mencukupi seperti yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kelangsungan hidup dalam situasi kecemasan berpanjangan.

Perkara tersebut dilaporkan dalam laporan terperinci dikeluarkan, HRW mendapati bahawa antara Oktober 2023 hingga September 2024,

Tindakan itu kemudiannya telah menyumbang kepada kematian beribu-ribu orang dan penyebaran pelbagai penyakit.

HRW mendakwa tindakan Israel itu memenuhi definisi pembunuhan beramai-ramai di bawah Konvensyen Pembunuhan Beramai-ramai dan Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kumpulan hak asasi manusia itu turut menekankan bahawa kekurangan air menyebabkan kematian secara ‘perlahan’ rakyat Palestin di Gaza, termasuk bayi baru lahir yang tidak dapat disusukan oleh ibu mereka akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.

Menurut WHO, seseorang memerlukan antara 50 hingga 100 liter air sehari untuk memenuhi ‘keperluan asas’ mereka, di mana dalam situasi kecemasan berpanjangan, jumlah minimum air yang diperlukan adalah antara 15 hingga 20 liter sehari untuk minum dan membersihkan diri.

Namun, bagi lebih 2 juta rakyat Palestin di Gaza, keperluan minimum ini tidak dapat dipenuhi, dengan hampir semua bekalan air yang tersedia di kawasan itu tidak selamat untuk diminum.

Sementara itu, Zionis Israel yang berulang kali menafikan dakwaan pembunuhan beramai-ramai dan menggunakan kebuluran sebagai senjata perang menolak dakwaan terbaru HRW.

Jurucakap Kementerian Luar negara haram itu menyifatkan laporan berkenaan sebagai ‘penuh dengan pembohongan’. – Agensi / HARAKAHDAILY 20/12/2024

- Advertisement -