
PASIR PUTEH: Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan mempertingkatkan pengisian program termasuk ‘mukhayyam’ bagi meningkatkan kecemerlangan pelajarnya dalam setiap peperiksaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, usaha bersungguh telah dilakukan oleh pihak YIK agar mereka memperolehi keputusan cemerlang pada peperiksaan STAM.
Beliau memberitahu, program ini melibatkan pelbagai pengisian, termasuk ceramah motivasi, bengkel teknik menjawab soalan, dan sesi ulang kaji intensif yang dikendalikan guru-guru berpengalaman.
“Program ini bertujuan memberikan suntikan semangat dan bimbingan akhir kepada pelajar agar mereka lebih bersedia menghadapi peperiksaan. Harapan saya, mereka semua dapat memperoleh keputusan mumtaz,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Mukhayyam Pecutan Akhir Mumtaz STAM 2024, yang diadakan di Pusat Latihan YIK, Kampung Jelor, di sini selama dua hari.
Seramai 100 pelajar lelaki dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menyertai program Mukhayyam Pecutan Akhir Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024.
Beliau turut menzahirkan harapan agar semua pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan STAM nanti.
“Program ini begitu baik kerana ia mampu memberikan suntikan semangat dan bimbingan akhir kepada pelajar agar mereka lebih bersedia menghadapi peperiksaan.
“Harapan saya, mereka semua dapat memperoleh keputusan mumtaz,” katanya.
Menurutnya, beliau mendapat maklum pelajar perempuan akan mengikuti mukhayyam pada hujung minggu ini di lokasi yang sama. – HARAKAHDAILY 18/12/2024




















