Sinwar, tongkatnya disambut malaikat

- Advertisement -

PEMBUNUHAN As-Syahid Yahya Sinwar pada 16 Oktober sekadar mengulangi episod berpulangnya pejuang agama Allah ke sisiNya dengan membawa diri yang cukup mulia.

Sinwar menggantikan pemimpin Hamas sebelumnya, As-Syahid Ismail Haniyeh yang gugur dalam serangan di Tehran, Iran pada 31 Julai 2024.

20 tahun lalu pada 17 April 2004, Dr Abdul Aziz al Rantisi yang mengambil alih kepimpinan Hamas selepas pengasas pertubuhan itu, Syeikh Ahmed Yassin syahid dibom dari helikopter Apache Zionis pada 22 Mac 2004 ketika dalam perjalanan dengan kerusi roda ke masjid untuk solat subuh.

- Advertisement -

Pembunuhan As-Syahid Dr Abdul Aziz juga akibat serangan dari helikopter Apache.

Zionis laknat menyebarkan video sosok yang didakwa Sinwar pada saat-saat akhir hayatnya dalam keadaan tubuh diselaputi debu dengan tujuan mahu menghina semata-mata.

Penyokong mereka memperolok-olok pejuang itu yang konon hanya mampu melempar kayu terhadap dron Zionis yang merakam video berkenaan sedangkan beliau selama ini begitu lantang dan tegas sepanjang tempoh penentangannya terhadap rejim penceroboh.

Tanpa mereka sedar, merekalah sebenarnya pengecut. Zionis membunuh Sinwar bukan secara berhadapan. Mereka membunuhnya dengan tembakan jarak jauh yang telah mencederakan dan meragut nyawanya. Mereka juga hanya mampu merakam video menerusi dron kawalan jauh.

Begitu juga pembunuhan pemimpin pemimpin Hamas sebelum ini.

Syeikh Ahmed Yassin seorang lelaki tua yang sekadar berkerusi roda dibom dari helikopter yang jauh di atas kepala.

Allah Taala sudah lama menunjukkan kepada dunia bahawa Yahudi sememangnya bangsa pengecut yang hanya bijak memanipulasi dengan memperalatkan orang lain ataupun secara teknologi. Mereka tidak akan berani untuk menentang pejuang Islam secara berhadapan atau satu lawan satu.

Mereka tanpa berasa malu akan menembak kanak kanak Palestin yang sekadar bersenjatakan batu atau kayu. Itulah Yahudi!

Begitu juga pembunuhan Dr Abdul Aziz Rantissi yang syahid setelah kenderaannya dibom dari helikopter.

Ismail Haniyeh pula syahid apabila penginapan sementaranya di Ibu Kota Iran dibom.

Orang kafir dan munafik melihat ini sebagai satu kejayaan di pihak Zionis serta pendukung mereka dan tragedi atau kehilangan di pihak Hamas, Palestin dan seluruh pejuang Islam.

Tanpa iman, mereka tidak akan mampu untuk memahami bahawa syahid adalah cita-cita bagi setiap jihadis sejati. Mati dalam perjuangan adalah satu kemuliaan yang hakiki, kematian yang suci dan tiada tolok ganti.

Ini sebagaimana kata-kata Sinwar yang mahsyur bahawa syahid adalah cita-citanya. Sama ada berjuang atau tidak berjuang, semua orang akan mati dan mati dalam perjuangan adalah jauh lebih baik berbanding mati di atas katil akibat sakit.

Sinwar sendiri sudah pernah dipenjarakan selama bertahun-tahun di Israel namun semangat jihadnya tidak pernah goyah. Sentiasa membara, membakar dan berkobar hingga hujung nyawa. Dia kembali ke Gaza selepas digantikan dengan Gilad Shalit — tentera Zionis yang menangis ketika ditahan oleh Hamas — dalam persetujuan pertukaran tahanan.

Mereka boleh memomokkan dan cuba menghina Sinwar dengan video murahan itu seolah-olah melempar kayu atau tongkat ke arah dron satu kehinaan dan ketewasan baginya. Tanpa mereka sedar tongkat yang dilempar olehnya itu mungkin telah disambut oleh para malaikat yang menanti untuk membawanya ke syurga sebagai kekasih Allah yang dinanti-nantikan kehadirannya.

Kayu itu juga telahpun disambut oleh anak-anak jihad yang akan mengambil giliran masing-masing berjuang tanpa rasa gentar.

Insya-Allah di celah puing runtuhan bangunan diselaputi debu akibat dibom oleh rejim pengecut di Gaza, akan lahir beribu lagi Sinwar pada masa akan datang. Iman mengajar kita untuk sentiasa meyakini bahawa janji Allah itu Maha Benar. Titik! – HARAKAHDAILY 19/10/2024

MUHAMAD MAT YAKIM
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -