
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di 13 buah negeri sehingga jam satu pagi malam ini.
Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, antara negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.
“Antara kawasan Pulau Pinang yang terlibat ialah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Sementara itu, hanya dua kawasan yang terlibat di negeri Kelantan iaitu Jeli dan Kuala Krai manakala di Pahang pula adalah Raub dan Bentong.
“Kawasan-kawasan di Negeri Sembilan yang terlibat ialah Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala di Sarawak pula adalah Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Sebanyak empat kawasan yang terlibat dalam negeri Sabah iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort,” katanya.
MetMalaysia menyatakan amaran tersebut berkuat kuasa sehingga jam satu pagi 13 Oktober 2024.
“Tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang dijangka berlaku melebihi satu jam telah dikenalpasti.
“Amaran ini adalah jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam,” ujarnya.
MetMalaysia turut menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – HARAKAHDAILY 12/10/2024




















