
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di tiga negeri di Semenanjung sehingga jam 2 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat ialah di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
“Oleh demikian, kawasan Selangor adalah di Sepang; Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/10/2024




















