PMX perlu bertanggungjawab terhadap peminjam PTPTN

- Advertisement -

ANTARA perkara yang pernah diperjuangkan oleh PMX dan Pakatan Harapan adalah menghapuskan hutang PTPTN yang dipinjam oleh anak Muda.

Hapus PTPTN menjadi modal politik utama Pakatan Harapan sehingga perkara ini pernah dimasukkan dalam manifesto, dibuat himpunan dan dibincangkan dalam program rasmi seperti Konvensyen Tahunan PKR.

- Advertisement -

PMX juga pada 2012 pernah berceramah di Permatang Pauh dan menyeru peminjam PTPTN supaya jangan membayar hutang tersebut kerana Pakatan Rakyat ketika itu akan memansuhkan hutang PTPTN dalam tempoh setahun selepas menawan Putrajaya.

Terbaru Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Zambry Kadir memaklumkan kabinet telah bersetuju untuk mendakwa 430,000 peminjam PTPTN yang tidak pernah membuat pembayaran balik pinjaman.

Anehnya, mesyuarat kabinet ini juga turut dipengerusikan oleh individu yang sama iaitu PMX.

Oleh yang demikian saya mendesak PMX untuk bertanggungjawab terhadap 430,000 peminjam ini yang suatu ketika dahulu terpengaruh dengan hasutan PMX.

Saya mendesak segala kos guaman dan kerugian mereka, ditanggung oleh PMX dan sekiranya mereka terpaksa bayar semula pinjaman tersebut, maka PMX perlulah bertanggungjawab dan membayarnya. Nilainya hanya RM6 billion. – HARAKAHDAILY 23/9/2024

Ts. Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -