Gempa bumi magnitud 6.5 landa Papua New Guinea

- Advertisement -

KUALA LUMPUR/PAPUA NEW GUINEA: Gempa bumi dengan magnitud 6.5 skala Ritcher melanda di Pantai Utara Papua New Guinea pada jam 9:03 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak di kedudukan 3.5° Selatan dan 144.3° Timur dengan kedalaman 44 kilometer iaitu bersamaan 80 kilometer dari kawasan Wiwak di Papua New Guinea.

- Advertisement -

Bencana  tersebut juga dinyatakan dalam laman web volcanodiscovery.com yang mana semua penduduk di kawasan tersebut mengalami gempa bumi cetek (shallow earthquake).

“Sebahagian penduduk  yang berada di sekitar kawasan tersebut akan dapat merasai gegaran gempa bumi tersebut.

“Walaupun begitu tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan dalam gempa bumi tersebut,” ujar kenyataannya.

Namun begitu, tambah kenyataan berkenaan,  magnitud dan kedalaman gempa tersebut akan disemak semula dalam beberapa jam kemudian apabila ahli seismologi akan menyemak semula data-data berkaitan gempa bumi tersebut.

Walau bagaimanapun, MetMalaysia melaporkan bahawa gempa bumi tersebut tidak akan memberi ancaman tsunami terhadap Malaysia. -Agensi/– HARAKAHDAILY 5/9/2024

- Advertisement -