
PARIS: Malaysia akhirnya menggapai satu pingat emas dalam acara sukan Paralimpik Paris 2024, hasil sumbangan daripada jaguh badminton para negara, Cheah Leik Hou yang dicapainya dalam masa 42 minit sahaja perlawanan di gelanggang.
Liek Hou yang mengungguli emas dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di sini, semalam telah membuktikan status selaku pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15.
Satu kenyataan daripada Pemuda PAS Malaysia telah mengucapkan tahniah buat beliau secara terus menerus selepas sumbangan emas daripada Paris sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Tokyo 2020.
“Tahniah buat atlet paralimpik negara yang secara terus menerus membanggkan negara kita di pentas dunia.
“Semoga koleksi pingat dan emas kita akan terus bersinar di bumi Paris 2024,” ujar kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, jaguh paralimpik telah menguasai permainan dengan terus memimpin dengan mudah mendahului tujuh mata pada kedudukan 17-10 sebelum mengesahkan permainan dengan kemenangan 21-13.
Liek Hou meraikan kemenangannya dengan memeluk jurulatihnya Nova Armada dan kemudian dengan bangga mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar gelanggang. – HARAKAHDAILY 3/9/2024




















