Tuisyen Sejahtera: Teras pendidikan rakyat dalam kluster SG4

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan akan melancarkan aktiviti berteraskan pendidikan rakyat iaitu program Tuisyen Sejahtera yang menjadi salah satu daripada lima kluster dalam SG4.

Pengerusi Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, agenda tersebut akan dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Menurutnya, satu pertemuan di antara exco kerajaan negeri terbabit selepas Sidang Kemuncak SG4 semalam bagi melakukan penyelarasan terhadap pelaksanaan program tersebut.

- Advertisement -

“Beberapa cadangan telah diperhalusi untuk dibawa balik ke negeri masing-masing dan dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat, hasil dari bengkel kluster ini adakan Tuisyen Sejahtera.

“Insya-Allah Kelantan akan melancarkan program Tuisyen Sejahtera pada esok hari (hari ini),” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor itu mempengerusi sebuah bengkel selepas Sidang Kemuncak SG4, semalam.

Beliau bersama exco dan timbalan exco serta pegawai kerajaan negeri dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis membincangkan hala tuju dan intipati kluster tersebut. – HARAKAHDAILY 3/9/2024

- Advertisement -