PAS Lipis julung kali anjur walimah guna dewan sendiri

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Buat julung kali PAS Kawasan Lipis merakam kenangan manis dapat menggunakan dewan sendiri, Dewan Abdullah Sani, Kampung Berembang bagi tujuan penganjuran program Walimah Perdana PAS Lipis 4.0, Sabtu lalu.

Pengarah program, Khaider Kamil berkata, pihaknya sebelum ini sudah tiga kali menyewa premis persendirian di Kampung Tempoyang bagi tujuan penganjuran program tersebut.

“Sebelum PKP, Walimah 1.0, 2.0, 3.0, kita buat di premis orang, sewa dewan, untuk yang ni, Walimah 4.0 rezeki kita dapat buat di markas sendiri, ni julung kalilah.

- Advertisement -

“Alhmdulillah, kami rasa bersyukur dan cukup berbangga. Bak kata orang, cantik- cantik rumah orang, buruk-buruk rumah sendiri, baiklah rumah sendiri. Nak buat, nak gayakan macam mana, ikutlah selera dan kemampuan yang ada,” ujar beliau yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan.

Apa paling penting, ujarnya program itu bertujuan membantu merealisasikan impian golongan muda untuk berkahwin dan mengadakan majlis walimah mengikut kemampuan yang ada.

Sebanyak empat pasangan mempelai diraikan pada tanggal bersejarah sempena Hari Kemerdekaan ke-67 dalam majlis sederhana tetapi meriah dihadiri kaum keluarga terdekat dan sahabat handai.

Pasangan tersebut adalah Mohamad Zaki Mudtianto dan Nurul Izzati Zakaria, Syamsul Bahri Zakaria dan Nur Ain Nabiilah Hasbullah, Muhammad Zahrul Fikri Zainudin dan Syaimaa’ Hannan Shafie serta Muhammad Aiman Zakaria dan Aziera Idris.

Turut hadir memyerikan majlis adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Roslan Zainal dan Pengerusi NGO Anak Perantau Pahang, Saodi Derani. – HARAKAHDAILY 3/9/2024

- Advertisement -