Komitmen tinggi ahli parti untuk khidmat terbaik

Wan Saiful Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengucapkan tahniah kepada pasukan Bersatu Cawangan Bandar Teknologi Kajang yang berjaya mengadakan persidangan di kawasannya.

“Saya ucapkan tahniah kepada team Bersatu Cawangan Bandar Teknologi Kajang di Bahagian Bangi atas kejayaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Menurut beliau, penting bagi setiap ahlinya mempunyai komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Tambahnya, perkara sedemikian adalah bertujuan supaya memenuhi tanggungjawab bukan sahaja terhadap pemimpin Bersatu tetapi juga meningkatkan imej dan reputasi parti itu sendiri.

“Saya menekankan setiap ahli mesti mempunyai komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik. 

“Ini bukan sahaja untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin tetapi juga untuk meningkatkan imej dan reputasi Bersatu dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Wan Saiful menyatakan bahawa perkhidmatan yang berkualiti tinggi oleh setiap ahli Bersatu akan membina hubungan yang baik dengan rakyat.

Kata beliau lagi, ia juga diperlukan supaya dapat mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu sendiri.

“Dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, ahli parti dapat membina hubungan yang baik dengan rakyat dan mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap parti.

“Maka, saya menyeru agar semua ahli proaktif dalam melaksanakan tugas supaya Bersatu dapat mengukuhkan kedudukan dan terus berkhidmat demi kesejahteraan masyarakat,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/8/2024

- Advertisement -