
PARIS: Selepas kejayaan gemilang kontinjen negara membawa pulang tiga emas pada Sukan Paralimpik Rio 2016, dan kemudian tiga emas dan dua perak di Paralimpik Tokyo 2020, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan dalam Paralimpik Paris 2024 bermula esok bagi memburu empat lagi emas.
Ia bermatlamat bagi melengkapkan kutipan 10 emas secara keseluruhan dalam temasya sukan berprestij dunia itu, sekali gus memahat satu lagi sejarah baharu sukan negara.
Terdahulu, pencapaian cemerlang tiga jaguh olahraga paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi di Paralimpik Rio 2016 telah ternyata memberi impak besar terhadap perkembangan dunia sukan paralimpik dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Tarikh dan lokasi acara
Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula esok, 28 Ogos 2024 sehingga 8 September 2024.
Tahun ini, Sukan Paralimpik Paris 2024 berlangsung di Perancis dengan menyaksikan bandar Paris akan menjadi lokasi utama selepas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Senarai penyertaan atlet Malaysia
Kira-kira 4,400 atlet dari 184 negara, termasuk 30 kontinjen Malaysia, akan bersaing hebat dalam 22 acara sukan menyaksikan Malaysia menyertai lapan acara yang dipertandingkan.
Menerusi olahraga, Malaysia akan menyertai acara lompat jauh, lontar peluru, larian 100 meter (m) dan larian 400m.
Tumpuan sudah tentu terhadap Abdul Latif dalam acara lompat jauh yang memburu hatrik emas acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual), di samping cabaran memecahkan rekod dunia miliknya sejauh 7.64 meter (m) yang dicatatnya pada Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Sandaran emas kali ini juga diletakkan kepada Muhammad Nazmi Nasri yang bersaing dalam acara lompat jauh T37 (kecacatan fizikal), susulan kejayaannya meraih emas dengan catatan 6.13m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun pada Mei lepas.
Pemenang gangsa atlet lompat jauh T12 (masalah penglihatan), Jonathan Wong Kar Gee juga membawa harapan dalam cabara memburu ema,
Dalam acara lontar peluru, hanya seorang sahaja dipertaruhkan iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, manakala acara larian 100m diwakili Eddy Bernard dan larian 400m pula menampilkani Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi.
Seterusnya, bagi acara berbasikal diwakili tiga orang atlet wanita, Nur Suraiya Binti Muhamad Zamri yang bertanding di acara basikal lebuhraya dan trek manakala Nurul Suhada Zainal dan Farina Shawati Mohd Adnan, berbasikal pilot.
Sementara itu, bagi acara badminton berseorangan mewakili tiga pemain, Cheah Liek Hou, Muhammad Amin Burhanuddin dan Muhammad Fareez Anuar manakala beregu pula Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan.
Sukan memanah pula disertai tiga orang iaitu Suresh Selvatamby, Nur Jannaton Abdul Jalil dan Daneshen Govinda Rajan.
Sukan boccia iaitu sukan bottia yang hanya dimainkan oleh sukan bola pengkhususan orang kurang upaya itu diwakili oleh Lee Chee Hoong BC2 bagi perseorangan.
Bagi Sukan Powerlifting pula diwakili oleh Bonnie Bunyau Gustin (sehingga 72 kilogram (kg), Nicodemus Manggoi Moses (sehingga 97kg) dan Jong Yee Kee (sehingga 107kg).
Acara Tenis Kerusi Roda Beregu pula disertai oleh Abu Samah Borhan dan pasangannya masih menunggu pengesahan daripada pihak urusteia.
Terakhir, acara renang pula mewakili dua atlet iaitu Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan dalam acara 100m dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli untuk 50, 100, 200 dan 100m.
Walaupun sebanyak 30 atlet dari lapan jenis sukan ini dipertandingkan, jumlah kontinjen ini adalah paling besar negara dalam sejarah Sukan Paralimpik sejak mula menyertainya pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman. – HARAKAHDAILY 27/8/2024













