Malaysia bawa pulang 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa

- Advertisement -

PARIS: Sukan Paralimpik Paris 2024 yang bermula 28 ogos lalu telah melabuhkan tirainya awal pagi tadi dan Malaysia telah membawa pulang dua emas, dua perak dan satu gangsa.

Seramai 168 atlet dari delegasi paralimpik telah berjuang selama 11 hari di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan memaparkan semangat juangnya dan membuat persembahan bertaraf dunia.

- Advertisement -

Malaysia menamatkan cabaran Paris 2024 di kedudukan ke-42 dengan membawa pulang dua emas yang disandang oleh atlet paralimpik badminton Malaysia, Cheah Liek Hou bagi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Pingat emas kedua pula daripada atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin bagi kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Seterusnya, jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) telah meraih pingat perak.

Seorang lagi jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul perak lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) manakala rakan sepasukannya, Eddy Bernard meraih gangsa 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal).

Dalam pada itu, China telah muncul sebagai juara keseluruhan Paralimpik Paris dengan 94 pingat emas diikuti Britain 49 pingat emas dan Amerika Syarikat 36 emas, manakala tuan rumah di kedudukan ke-8 dengan 19 pingat emas. – HARAKAHDAILY 9/9/2024

- Advertisement -