
SIK: Pasukan skuad wushu sanda Kedah mencipta sejarah selepas mereka meraih emas dan gangsa di Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.
Sehubungan itu, PAS Kawasan Sik mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka dan perkara yang membanggakan adalah apabila kesemua atlet berbangsa Melayu yang sinonimnya sukan wushu ini dikuasai oleh kaum Cina.
“Pencapaian ini adalah suatu yang jarang dilihat dalam sukan wushu yang sinonim dengan kaum Cina,” katanya.
Dalam pada itu, atlet Kedah di bawah bimbingan Muhamad Shafiri Mahmud yang bermula dengan sukan muay telah beralih ke wushu sanda hanya beberapa tahun kebelakangan ini.
Direkodkan juga, Kedah telah melebihi pencapaian tiga pingat gangsa pada SUKMA sebelumnya di Kuala Lumpur.
Kini Kedah meraih pingat emas sumbangan daripada Wan Nor Amni Madihah Wan Mohd Faisal dalam kategori wanita 56 kilogram (kg), manakala Muhammad Amzar Amsyar Aznan meraih gangsa dalam kategori lelaki 70kg. – HARAKAHDAILY 20/8/2024




















