‘Healing’ dengan kemudahan serba baru Gunung Reng

- Advertisement -

JELI:  Peminat ‘healing’ yang meminati aktiviti perkemahan dijangka akan mendapat kawasan baru apabila tapak perkhemahan dibina di tepi anak sungai Gunung Reng, dekat sini bakal siap tidak lama lagi.

- Advertisement -

Projek berkenaan dibuat secara usahasama antara Majlis Daerah Jeli dan juga pengendali tapak perkhemahan tersebut, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Negeri, Hilmi Abdullah berkata, kerja-kerja menambun, meratakan tanah telah siap untuk fasa pertama ini.

Bagaimanapun menurutnya, tapak seluas satu ekar ini belum diberi sebarang nama setakat ini di mana projek yang mempunyai fasa-fasa dengan jumlah keseluruhan seluas enam ekar melibatkan beberapa komponen pembangunan.

“Untuk fasa terakhir saya difahamkan akan dibina chalet, kolam mandi kanak-kanak, padang, tapak untuk Pelancongan RV dan kiosk jualan,” katanya ketika melakukan lawatan berkenaan.

Katanya lagi, projek tersebut juga bakal melengkapkan lagi infrastruktur pelancongan untuk Gunung Reng dan sekitarnya.

Tambahnya, apa yang pasti kawasan ini akan memberikan impak ekonomi kepada penduduk sekitar dan tarikan orang ramai. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

- Advertisement -