Chelsea belanja RM690 juta beli pemain baharu

Aaron Anselmino (kanan) merupakan pemain terbaharu yang dibeli Chelsea dengan harga RM94 juta. (FOTO: Football London)
- Advertisement -

LONDON: Chelsea telah melengkapkan pembelian pemain pertahanan Boca Juniors, Aaron Anselmino dalam perjanjian £15.6 juta (RM94 juta).

Pemain berusia 19 tahun itu telah menandatangani kontrak tujuh tahun di Stamford Bridge tetapi akan kekal dipinjamkan ke kelab Argentina itu untuk musim 2024-2025 sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

- Advertisement -

Anselmino membuat penampilan sulung untuk Boca pada Jun 2023 dan telah membuat 10 penampilan secara keseluruhan, lapor BBC.

Dia menandatangani lanjutan kontrak pada Januari 2024 yang mengikatnya dengan kelab itu sehingga 2028.

Setakat musim panas ini, Chelsea telah membelanjakan kira-kira £115 juta (RM690 juta) untuk pemain tengah Kiernan Dewsbury-Hall, Renato Veiga dan Omari Kellyman, ditambah penjaga gol Filip Jorgensen, pertahanan Tosin Adarabioyo dan Caleb Wiley, pemain sayap Estevao Willian dan penyerang Marc Guiu.

Kira-kira £90 juta (RM540) telah diperoleh semula melalui bayaran perpindahan Ian Maatsen, Lewis Hall dan Omari Hutchinson; manakala Conor Gallagher dijangka menyertai Atletico Madrid dengan harga £33 juta (RM198 juta)

The Blues berada dalam pasaran untuk mendapatkan penyerang dan berminat dengan penyerang Atletico Madrid, Samu Omorodion.

Chelsea memulakan kempen Liga Perdana 2024-2025 dengan baka menentang penyandang juara, Manchester City pada 18 Ogos ini. -Agensi/– HARAKAHDAILY 8/8/2024

- Advertisement -