UK: Demonstrasi anti-perkauman ganti himpunan rusuhan sayap kanan

Penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa tunjuk perasaan anti-perkauman di luar pejabat perkhidmatan sokongan imigresen Asylum Welcome di Oxford, United Kingdom. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

LONDON: Kerajaan United Kingdom dan polis menarik nafas lega pada Khamis (8 Ogos) selepas rusuhan sayap kanan yang dijangkakan akan berlartan pada hari ini  gagal menjadi kenyataan dalam sekelip mata, apabila  sebaliknya beribu-ribu penunjuk perasaan anti-perkauman berkumpul di jalanan.

Demonstrasi anti-perkauman itu berlangsung  secara aman selepas polis membanjiri jalan-jalan raya di beberapa pusat bandar  dan mengulangi keganasan disyaki oleh puak penghasut sayap kanan tidak akan diterima di negara itu.

- Advertisement -

Ia berikutan seminggu rusuhan yang berlaku hampir setiap malam, di mana masjid dan kemudahan berkaitan pendatang asing telah diserang  di seluruh negara dan di Ireland Utara.

Keganasan itu didorong oleh maklumat salah yang tersebar di media sosial mengenai suspek yang melakukan serangan pisau pada 29 Julai lalu yang membunuh tiga kanak-kanak di Southport.

Ketua Polis Metropolitan London, Mark Rowley, yang mengarahkan beribu-ribu pegawainya ke jalan raya di ibu negara pada hari Rabu, berkata dia ‘sangat gembira’ dengan perkembanan terbaharu itu.

“Saya fikir kawalan tegas  daripada polis – dan perhimpunan perpaduan daripada masyarakat di sini telah mengalahkan cabaran yang telah kita lihat sebelum ini (oleh puak sayap kanan)” katanya kepada penyiar UK, BBC.

Rowley menyatakan terdapat sebilangan kecil tangkapan kerana ‘beberapa penjenayah tempatan’ terlibat dalam tingkah laku anti-sosial di beberapa lokasi tetapi kebimbangan terhadap ‘gangguan ekstrem puak sayap kanan telah berkurangan’.

Perhatian kini akan beralih kepada hujung minggu yang akan datang sama ada gangguan itu akan berulang. – Agensi/– HARAKAHDAILY 8/8/2024

- Advertisement -