Tentera Zionis maut, dron Hizbullah serang pangkalan Israel

Serangan terbaharu dron berani mati daripada Hizbullah menepati sasaran lokasi tentera Zionis Israel. (FOTO: MNA)
- Advertisement -

BEIRUT: Sebilangan tentera rejim Zionis terbunuh atau cedera dalam serangan dron pada Isnin yang dilancarkan oleh Hizbullah ke atas Divisyen ke-91 Israel yang baru ditubuhkan di Berek Elit di wilayah Upper Galilee.

Gerakan Penentangan Lubnan Hizbullah berkata, ia telah menyerang sebuah ibu pejabat tentera Israel di wilayah Palestin yang diduduki di utara dengan bertubi-tubi menggunakan dron berani mati, lapor Press TV.

“Beberapa tentera rejim Israel terbunuh atau cedera dalam serangan dron itu,” ujar kenyataan itu.

- Advertisement -

Tambah kenyataan itu, Hizbullah menyasarkan ‘kedudukan dan penempatan pegawai dan tentera, menyerang secara langsung dan menyebabkan mereka terbunuh dan cedera’.

Pergerakan Penentangan itu juga  menyatakan bahawa operasi anti-Zionis telah dijalankan sebagai solidariti terhadap  penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, selain tindakbalas terhadap kematian beberapa anggota akibat serangan udara Israel ke atas beberapa bandar di Lubnan.

Dalam satu kenyataan pada awal Isnin juga, tentera pengganas rejim Israel mengumumkan bahawa ia telah menyasarkan pejuang Hizbullah di perkampungan Lubnan Houla di selatan Lubnan dalam satu serangan.

Kenyataan itu juga berkata, satu lagi pasukan Hizbullah telah syahid dalam serangan dron mereka di kampung Beit Lif.

Zionis juga mendakwa bahawa mereka telah memusnahkan infrastruktur Hizbullah di perkampungan Ayta ash Shab.

Hizbullah dalam pada itu turut mengesahkan kesyahidan dua tenteranya dalam serangan rejim Israel ke atas selatan Lubnan.

Pergerakan Penentangan Lubnan telah melakukan serangan tetap sejak awal Oktober 2023 terhadap kedudukan tentera rejim Israel sebagai tindakbalas  terhadap serangan rejim laknatullah itu di Gaza dan selatan Lubnan.

Israel melancarkan perang kejamnya ke atas Gaza yang terkepung pada 7 Oktober  20223 selepas Hamas melakukan operasi  serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap entiti pendudukan itu sebagai tindakbalas terhadap kekejaman yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Israel telah mengenakan pengepungan sepenuhnya ke atas wilayah yang padat penduduk itu, memotong bahan bakar, elektrik, makanan, dan air kepada lebih dua juta rakyat Palestin yang tinggal di sana.

Bilangan rakyat Palestin yang mati syahid dan cedera dalam serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak meletusnya perang pada 7 Oktober 2023 masing-masing mencecah angka 39,623 dan 91,469.

Sementara itu, lebih 10,000 rakyat Palestin masih hilang dan berada di bawah runtuhan bangunan di Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan udara tentera Zionis. – HARAKAHDAILY 6/8/2024

- Advertisement -