Manusia asalnya tiada

- Advertisement -

CHRISTOPHER Columbus terkenal dalam penemuan “Dunia Baru” Amerika ketika menjelajah dunia. Dia berasal dari Itali, menetap di Portugis dan pergi ke Sepanyol berjumpa dengan Queen Isabella.

Queen Isabella tertarik dengan ideanya untuk mengelilingi dunia. Orang mendakwa bahawa dia tidak akan pulang lagi setelah keluar dari Sepanyol sebab pada masa itu, orang Kristian menganggap bahawa dunia ini rata.

- Advertisement -

Sedangkan saintis seperti Nicholaus Copernicus mengatakan bahawa dunia adalah bulat. Berlaku perbalahan antara gereja dan saintis.

Tetapi, dia tetap pergi. Setelah beberapa bulan, dia pulang semula ke Sepanyol. Maknanya, dunia adalah bulat. Majlis dibuat untuk meraikan kejayaannya mengelilingi dunia. Tiba-tiba, ada seseorang berkata, “Apa nak dibanggakan? Orang lain pun boleh buat kalau ada kapal dan duit.”

Colombus pun mengambil sebiji telur rebus dan memberikan kepadanya. Disuruhnya meletakkan telur secara terdiri tegak lurus. Dia tidak berjaya kerana telur berbentuk bujur.

Letak kemudian terbalik dan begitulah berulang-ulang. Dia mengaku tidak dapat melakukannya. Colombus mengambil telur dan memecahkan sedikit kulitnya di bahagian hujung. Kemudian, Colombus meletakkannya. Memang telur itu tidak terbaliklah sebab sudah rata.

Dia pun menyindir bahawasanya dia juga boleh melakukan sedemikian. Tetapi, Colombus berkata, dia hanya boleh buat sebab dia telah melihat apa yang Colombus buat.

Jika Colombus tidak menunjukkannya, sudah pasti dia juga tidak boleh buat. Maknanya, nak buat yang awal itu susah.

Begitulah maksud Allah, manusia ini asalnya tiada, Dia menciptakan kita menjadi ada. Jadi, nak mencipta semula bukanlah sesuatu yang susah sebab bentuk sudah ada. Nak tiru semula lebih senang daripada nak buat yang awal. – HARAKAHDAILY 6/8/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -