
KUALA LUMPUR: Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan datang bermula esok, 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024, yang turut merupakan Sukan Olimpik edisi ke-30 menjadikan sertaan bagi kontinjen Malaysia kali ke-15.
Kejohanan sukan ini paling ditunggu-tunggu oleh atlet-atlet daripada pelbagai cabang sukan antarabangsa setelah melepasi pelbagai syarat kelayakan yang ditetapkan berdasarkan sukan masing-masing.
Sejak temasya Sukan Olimpik Beijing 2008, kontinjen Malaysia mempunyai beberapa peluang untuk menghentikan kemarau emas Melbourne 1956 dalam Sukan Olimpik namun terkandas saat-saat akhir.
Kini, ‘Road to Gold’ dalam olimpik kali ini penyertaan lebih daripada 20 atlet akan membawa kibaran Jalur Gemilang di Paris membuka peluang untuk merealisasikan kilauan pingat emas pertama negara.
Tarikh dan lokasi acara
Sukan Olimpik yang biasanya diadakan setiap empat tahun dan sejak 1994, telah bergantian antara Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk setiap dua tahun dalam tempoh empat tahun.
Tahun ini, Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan di Perancis dengan menyaksikan bandar Paris akan menjadi lokasi utama selepas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Ia akan bermula dari 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024. Temasya itu turut akan diadakan di 16 lokasi lain termasuk Pulau Tahiti.
Senarai penyertaan atlet Malaysia
Seramai 26 orang atlet Malaysia akan beraksi dalam 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga.
Acara sukan terjun bagi 10 meter (m) individu lelaki, Bertrand Rhodict Lises, acara 3m papan anjal individu wanita, Nur Dhabitah Sabri.
Sukan renang 400m lelaki gaya bebas, Khiew Hoe Yean, acara renang akuatik 100m individu wanita, Tan Ruoxin.
Sementara bagi Sukan Pelayaran (ILCA 6), Nur Shazrin Mohamad Latif dan Sukan Pelayaran (ILCA 7), Khairulnizam Mohd Afendy.
Bagi acara menembak yang mewakili Jonathan Wong untuk acara menembak 10m Air Pistol dan memanah pula mewakili Memanah Individu dan Berkumpulan Wanita, Ariana Nur Dania dan Memanah Berkumpulan Wanita ialah Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena Mohamad Fazil.
Acara berbasikal pula diwakili pelumba lebuh raya, Nur Aisyah Mohamad Zubir dan berbasikal trek ialah Dato’ Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
Seterusnya, acara yang paling digilai ramai ialah badminton yang diwakili oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bagi kategori acara badminton lelaki berpasangan dan untuk wanita berpasangan pula diwakili oleh Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan.
Bagi kategori acara badminton pasangan campuran diwakili oleh Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei. Acara badminton perseorangan lelaki ialah Lee Zii Jia dan badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei.
Acara golf lelaki ialah Gavin Kyle Green dan wanita pula, Ashley Lau Jen Wen.
Dalam acara individu yang mewakili acara angkat berat ialah Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 61kg lelaki dan lari 100m olahraga lelaki, Azeem Fahmi.
Chef de Mission kontinjen Malaysia
Chef de mission (CDM) bermaksud ‘Ketua Misi’ dalam bahasa Perancis. CDM Olimpik adalah orang yang dilantik untuk memimpin kontinjen atlet kebangsaan di Sukan Olimpik
Pembawa bendera kontinjen Malaysia
Pembawa bendera membawa bendera kebangsaan negara Malaysia semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 ialah penerjun berumur 19 tahun, Bertrand Rhodict Lises dan pelayar berumur 25 tahun, Nur Shazrin Mohamad Latif.
Jumlah Negara Bertanding dalam Sukan Olimpik Paris 2024
Menurut Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC), terdapat lebih kurang 10,500 atlet dari 206 NOC yang akan bersaing dalam Olimpik 2024.
Maskot Sukan Olimpik Paris 2024
Nama maskot bagi Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini adalah Olympic Phryge. Ianya berdasarkan topi Phrygian kecil tradisional yang berbentuk seperti maskot tersebut. Nama dan reka bentuk ini dipilih sebagai simbol kebebasan dan untuk mewakili tokoh-tokoh alegori Republik Perancis. – HARAKAHDAILY 25/7/2024




















