
KUALA LUMPUR: Mindanao merupakan salah satu kawasan yang masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita kerana ramai penduduknya hidup dalam serba kekurangan dan menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian.
Pengarah PASRelief, Mohd Yusni Mat Piah berkata, PASRelief yang telah berlepas ke Mindanao semalam, 24 Julai sehingga 27 Julai 2024 untuk misi kemanusiaan bagi mengurangkan sedikit beban mereka.
“Terima kasih yang tidak terhingga buat penyumbang yang prihatin terhadap saudara seislam kita di sana (Mindanao).” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tiga delegasi PASRelief akan berlepas ke Mindanao disertai oleh NGO An-Nasr Care iaitu wakilnya Nasrun Othman.
Difahamkan, misi kemanusiaan Mindanao pada kali ini, PASRelief akan menyediakan pek-pek makanan untuk diberi kepada para balu yang syahid dan anak-anak yatim di sana.
“Doakan misi ini berjaya dan PASRelief dapat meneruskan lagi misi-misi seterusnya bagi membantu dari pelbagai sudut seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan untuk saudara dan Bangsamoro di sana,” ujarnya.
Mengikut sejarah ratusan tahun, penduduk Islam Moro menjadi mangsa diskriminasi di negara majoritinya beragama Kristian berpunca daripada pengaruh kuat penjajahan Sepanyol yang terkenal dengan sifat prejudis terhadap Islam.
Walau bagaimanapun, orang Moro mengambil langkah bersejarah ke arah menentukan nasib sendiri dan mungkin keamanan yang berkekalan diharap menjadi titik tolak tamatnya sejarah hitam di Mindanao.
“Sehubungan dengan itu, PASRelief menyeru agar orang ramai terus menyumbang dan menghulurkan bantuan prihatin melalui akaun PASRelief 5640 7061 2333 (MAYBANK ISLAMIC) untuk sama-sama membantu keberlangsungan misi ini dan misi akan datang.” katanya. – HARAKAHDAILY 25/7/2024




















