
KUALA LUMPUR: Seorang murid yang mempunyai daya pemikiran kreatif telah mendapatkan bunga Rafflesia melalui duit kertas RM10.
Baru-baru ini tular satu gambar sekeping duit kertas RM10 telah dipotong bahagian bunga Rafflesia sehingga menjadi bualan netizen.
Difahamkan, duit kertas RM10 itu dipotong selepas apabila murid berkenaan perlu membawa gambar bunga Raflessia sebanyak lima keping ke sekolah.
“Cikgu pesan bawa 5 keping gambar bunga Rafflesia esok.”
“Ini baru guntingan yang ke-empat, mak dah naik hantu. Kalau lima keping dah 50 ringgit ya anak,” luah ibu murid berkenaan.
Hantaran tersebut (ketika berita ini dihasilkan) telah meraih 15,000 tanda suka (likes) dan 1,000 komen dan 1,700 perkongsian semula daripada netizen.
Sementara tinjauan di ruangan komen, didapati ramai yang terkesima dengan perbuatan luar kotak kanak-kanak ini.
“Nak menangis ke nak gelak? RM40 dah tu..” kata @Wan Noorhanim Wan Mohamad.
“Mahal betul Rafflesia ni.” kata @Jessica Wong.
“Wah, anak yang hebat! Mak yang merana nak.. melayang duit,” tulis @Hamiza Abd Hamid.
Sementara itu, ada netizen menyarankan untuk tukar kembali ke pihak Bank Negara bagi menggantikan duit yang telah dipotong.
“Kalau dah macam ni, boleh tukar di Bank Negara tak? Sebab masih ada lagi nombor siri,” kata @Faiz Der Der. – HARAKAHDAILY 25/7/2024




















