
KUALA LUMPUR: Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang membuat keputusan mengekalkan enam Ahli Parlimen (MP) yang melompat dan menukar pendirian menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah mencetuskan netizen mula bersuara mengenai polemik itu.
QGenAnalysts dalam kenyataan terbaharunya berkata, isu berkenaan telah mencetuskan perdebatan yang berterusan mengenai penafsiran perlembagaan dan keputusan politik dalam konteks kerusi MP yang menyokong kerajaan.
“Reaksi di media sosial menunjukkan pandangan yang bercampur-campur dari pelbagai pihak, mencerminkan kepentingan isu ini dalam kalangan rakyat,” katanya.
Menurut kenyataan itu, dapatan AI mendapati netizen di ketiga-tiga media sosial utama negara memberikan pendapat yang berbeza.
“Data bacaan di Facebook dan TikTok hampir sama dengan 70% negatif terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dengan majoriti komen di Facebook mempersoal akan keperluan akta antilompat parti apabila seorang speaker boleh membuat tafsirannya sendiri.
“BERSIH juga menyifatkan Speaker Dewan Rakyat khilaf dalam memahami prinsip & akta antilompat parti,” ujar QGenAnalysts.
Tambah kenyataan itu, Speaker Dewan Rakyat sesi lepas, Azhar Azizan Harun, mengatakan walaupun Ahli Parlimen ada hak menyuarakan pendapat, demokrasi yang dicorakkan mengikut Westminster memerlukan mereka mengikut arahan parti.
Sehubungan menurut QGenAnalyst lagi, di TikTok, majoriti komen mengatakan MP Umno yang tidak bersetuju dengan kerajaan PH-BN sudah boleh mengalihkan sokongan terhadap pembangkang kerana seperti mana MP Bersatu yang menyokong kerajaan sekarang.
“Sementara di platform X, 90% netizen berpendapat enam orang MP tersebut tidak pun menukar parti mereka,” katanya.
Tambah QGenAnalysyt, Isu ini trending pada 11 Jun 22024, dengan komen terbanyak datang dari Facebook dari halaman-halaman berita sebanyak 23,000.
Di TikTok juga, video portal berita mendapat komen tertinggi dengan 24,000, sementara di X, respon tertinggi di Tweets hadir dari ciapan individu dengan 119.
Komen terbanyak netizen adalah di TikTok dengan 57% diikuti oleh Facebook dengan 38% dan akhir sekali di X dengan 6%.
“Adalah penting bagi semua pihak yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan telus bagi memastikan integriti proses politik dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara terpelihara,” kata QGenAnalysts,
Terdahulu, pada 9 Julai, satu surat dari Speaker Dewan Rakyat memutuskan bahawa enam kerusi yang diwakili Ahli Parlimen (MP) Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak akan dikosongkan.
Sehubungan itu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal alasan speaker berkenaan penafsiran undang-undang dan akan mencabar keputusan tersebut.
Pada 11 Jun, Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim berkata bahawa Presiden Bersatu hanya membaca sebahagian perlembagaan sahaja.
Kenyataan itu dibalas semula oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menanyakan bahagian mana dalam perlembagaan yang beliau tidak baca.
Enam ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Mereka dihentikan keahlian kerana gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada Bersatu. – HARAKAHDAILY 13/7/2024




















