
KUALA LUMPUR: Desas-desus kenaikan tambang bas sekolah semakin hangat dibincangkan dan menanti masa untuk menjadi realiti, dan sekali gus akan membebankan rakyat khususnya golongan ibu bapa.
Dalam kenyataannya, Profesional Istiqamah berkata, penyedia perkhidmatan bas sekolah tiada pilihan kerana hampir semua kos penyediaan servis bas sekolah semakin meningkat
“Hal ini ditambah pula dengan pengenalan cukai SST sebanyak 8 peratus kepada perkhidmatan penyelenggaraan,maka kesan berganda daripada sistem cukai ini sudah pasti dirasai rakyat.
“Akhirnya yang menjadi mangsa tetap rakyat biasa dan juga pengusaha bas sekolah yang bukanlah taikun-taikun besar,” tegas kenyataan itu.
Tambah kenyataan tersebut, pada hari ini, Isnin (11 Mac), merupakan hari pertama pembukaan sekolah, manakala esok, Selasa (12 Mac) umat Islam akan mula menyambut Ramadan.
“Justeru, implikasi pengenalan cukai (SST) ini akan mulai menampakkan hasil pada bulan Mac/Ramadan) ini,” tambah Profesional Istiqamah.
Tambah kenyataan itu, akhirnya, kesan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat semakin berganda.
“Tiada isyarat atau petanda menunjukkan bahawa formula dasar Ekonomi Madani mampu meredakan tekanan ini buat masa sekarang.
“Moga-moga semua ibu bapa terus bersabar dalam keadaan tekanan ekonomi yang maha dahsyat ini.
“Bertahanlah sementara formula ekonomi Menteri Ekonomi menampakkan hasil. Moga-moga dapat hidup dan mandiri sementara formula hebat Menteri Ekonomi membuahkan hasil,” ujar kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 11/3/2024




















