
KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan memasukkan Kampung Baru Cina di bawah Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) seolah mengiktiraf Komunis di negara ini.
Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) berkata, bahawa beliau tidak menghalang jika hendak diadakan sejarah kampung-kampung tetapi bukan hanya Kampung Baru Cina.
“Tetapi dalam konteks Kampung Baru Cina, asalnya sejarahnya dibentuk kerana ketika itu, pengaruh Komunis mempengaruhi orang Cina,” ujar beliau.
Keduanya beliau berkata bahawa Kampung Baru Cina pernah dicadangkan diletak bawah Jabatan Perpaduan, namun apabila Teluk Intan memegang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kampung tersebut ditukar diletak bawah KPKT.
“Apakah ini matlamatnya? Sebab itulah kita tahu YB, saya pernah bekerja dalam KDN (Kementerian Dalam Negeri). Saya pernah bekerja di kampung-kampung pergi Kampung Baru ini. Kampung Baru ini semuanya masyarakat Cina.
“Jadi kita nak supaya diasimilasikan Cina, Melayu, India dan sebagainya. Tetapi YB bila masuk saja. Sebab itu ya Yang Berhormat bawa banyak isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini.
“Sebab itu, saya minta kalau kita cadangkan sebagainya ini bila kita dah tegur, bila orang dah marah baru YB cadangkan kampung-kampung lain,” ulas beliau.
Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-Menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bagaimanapun cuba mempertahankan perkara itu dan mendakwa wakil Maran itu membuat tohmahan tidak benar, berniat jahat dan membuat kenyataan simplistik.
Dr Ismail juga turut mencelah dengan menidakkan jawapan Kor Ming dengan berkata, bahawa Menteri itu menimbulkan mencadangkan lain setelah rakyat marah kepadanya sedangkan sebelum timbul isu tersebut tidak dicadangkan. – HARAKAHDAILY 11/3/2024




















